Tuesday, July 28, 2009

Solat tiang agama

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

# enam perkara di atas dunia
# tiga perkara sewaktu hendak mati
# tiga perkara sewaktu di dalam kubur
# tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Enam perkara seksaan di atas dunia

# Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
# Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
# Tiada dipelihara baginya agama Islam
# Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
# Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
# Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

Tiga perkara sewaktu hendak mati

1. Dimatikan dalam kehinaan
2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur

1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"

Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.

Dosakah?

DOSA ORANG YG MENINGGALKAN SOLAT FARDU

Besarkan dosa meninggalkan solat. Namun itulah yang dipandang ringan...

SUBUH
Dia akan disiksa 60 tahun di dalam Neraka

ZUHUR
Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam

ASAR
Dosanya seperti dia meruntuhkan Ka'abah

MAGHRIB
Dosanya seperti dia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau dengan bapanya (jika perempuan)

ISYAK
Allah tidak redha dia hidup di bumi Allah ini dan digesa dia mencari bumilain.

" Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk Neraka Saqar? Mereka menjawab : Kami tidak termasuk dari gilongan orang2 yang bersolat. (Surah Al-Mudathsir : 42-43)

Mana lebih besar?

Manakah lebih besar keutamaannya. Solat lima waktu tau makan. Saya bercakap di sini secara 'basic'. Dosakah tidak makan. Kalau berdosa maka ramailah ornag yang kebulur dan miskin berdosa. Namun tidak makan bukanlah berdosa. Dosakah tidak solat? Baca lah huraian di bawah.

Bersabda Rosullulloh Sallollohu 'Alaihi Wasallam :

"Man tarokas sholata muta'ammidan faqod kafaro"


Ertinya :

Siapa orang yang meninggalkan Sholat dengan sengaja maka telah Kafirlah ia.

Maka berdasarkan atas ini hadist, dimaknakan oleh Imam Hanbali Rodhiyallohu 'an, dengan zohirnya (kelihatannya), yakni tiap-tiap orang yang meninggalkan sholat dengan tiada uzur (sebab) maka kafirlan ia.

Sedangkan yang dimaknakan oleh Imam Syafi'I Rodhiyllohu 'an, iaitu jikalau orang yang meninggalkan sholat dengan tidak meng-I'tiqodkan (tidak berkeyakinan) bahawa sholat itu wajib baginya, maka kafirlah ia. Adapun jika ia meninggalkan sholat dikarenakan oleh sebab malas saja padahal ia ber-I'tiqod (berkeyakinan) bahawa sholat itu walau bagaimanapun wajib bagi dirinya, maka tidak menjadi kafir, tetapi dosanya amatlah besar.

Wajib hukumnya atas orangtua Ayah maupun Ibu untuk memerintahkan anak-anaknya mengerjakan sholat semenjak anaknya berumur 7 (tujuh) tahun.

Dan jika sampai umur anaknya 10 (sepuluh) tahun belum juga mahu melakukan sholat, maka wajib atas Ayah dan Ibu memerintahkannya dengan ancaman suatu pukulan yang pantas dan tidak membuatnya terlalu kesakitan.

Dosanya orang yang meninggalkan sholat adalah terlalu amat besar dan siksanya terlalu amat keras.
Maka telah diriwayatkan oleh setengah daripada ulama bahwa ada seorang perempuan yang suka meninggalkan sholat, kemudian dia mati.

Sewaktu diturunkannya mayat itu kedalam kubur oleh saudara laki-lakinya, maka terjatuhlah ke dalam lobang kubur sebuah uncang konjen yang berisi wang milik saudaranya itu. Maka setelah ditutup lubang kuburnya itu, saudaranya itu ingat bahawa uncang konjen berisi wangnya itu terjatuh ke dalam lubang kubur.

Kemudian baliklah saudaranya itu yang bermaksud hendak menggali kuburan itu untuk mengeluarkan uncang konjennya itu sebab ada wangnya. Sewaktu ia mulai menggali kuburan itu maka keluarlah api daripada kuburan itu, dan ia tidak dapat tahan atas panasnya.

Lalu ia kembalikan tanah kuburan itu, dan ia menangis berjalan pulang, kemudian menanyakan kepada ibunya, "betapakan dosa saudaraku semasa hidupnya ?" dan diceritakannyalah kepada ibunya itu mengenai kejadian di atas kuburan saudaranya itu.

Maka ibunyapun sangat amat menangis sedih hatinya mendengar cerita tentang kuburan anak perempuannya itu, maka berkatalah ibunya "tiada dosa yang diperbuat oleh saudara perempuanmu melainkan terkadang ia suka meninggalkan sholat lima waktu dengan tiada uzur (tak ada sebab)".

Sunday, July 26, 2009

Pc FAIR

PIKOM PC FAIR 2009 (II)

31 July - 2 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
· Village Mall, Sungai Petani - Kedah
· Dewan Perbandaran Taiping - Perak
· Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor
7 August - 9 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
· Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
· Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
· Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang
13 August - 15 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
· Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu
14 August - 16 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
· Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh

Kenape agaknye...

Aku nak membawa satu cerita. Kenape agakye orang selalu suruh kite wat baik. Tapi die sendiri tak buat. Pelikkan? Ironinya semua orang igin lakukan namun tak punyai kekuatan. Dari mana datangnya kekuatan itu. Suasana? ya...semestinya. Suasana termasuk teman, rakan, sahabat dan tempat tinggal mempengaruhi. Jika kita seorang teman jadilah penjual minyak wangi, biar rakan yang ade di sekeliling dapat menghidu bauan itu dan melekat di badan. Jangan jadi tukang besi kerana bauan besi itu mampu mengotorkan diri dan orang lain.

(minyak wangi- kebaikan)
(tukang besi- kejahatan)

ISRAK dan MIKRAJ

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Friday, July 24, 2009

teman mendengar...

Mendengar? Nampak mudah. Namun bukan semua orang memilikinya. Disini ade beberapa tips untuk menjadi pendengar yang baik.
- Perhatikan bahasa tubuh Anda.

- Tatap mata si pembicara, jangan ke arah lain.

- Ajukan pertanyaan, berikan komentar.

- Biarkan si pembicara menuntaskan pembicaraannya.

- Jangan memotong pembicarannya atau melakukan pekerjaan lain.

- Jika terpaksa ada pekerjaan lain, langsung kembali ke pokok pembicaraan ketika
urusan usai.

-Mendengar (hearing) tidak sama dengan mendengarkan (listening).

-Aspek terpenting dari mendengarkan adalah kegiatan timbal balik.
Modal utama menjadi pendengar yang baik adalah ketulusan.

Thursday, July 23, 2009

tidak keseorangan...

You Are Not Alone lyrics
Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...

Tuesday, July 21, 2009

seorang rafiq

Seorang teman bertanya. Apakah rafiq? Lantas aku terus menyuruhnya membaca 'post' yang lepas ' Aku rafiqmu...'. Masih lagi tak faham katanya. Aku cuba menjelaskan. Rafiq umpama teman. Dia bertanya tentang dirinya. Adakah dia salah seorang rafiqku. Aku mengiyakan. Dia tergelak. Poyo. Berbahasa begini pada kebiasaannya memang janggal. Namun bagi memberikan kepuasan menulis aku biarkan setiap ayatku begini.

Tugas seorang rafiq banyak. Sentiasa disisi seorang teman. Menasihati dan membantu. Teman ketawa dan menangis. Berat tugas seorang rafiq. Sememangya itu tugas seorang rafiq, menjadi penyuluh. Untuk menjadi rafiq yang baik memerlukan keikhlasan. Apakah itu ikhlas. Ikhlas seumpama semut hitam yang berada di batu hitam pada malam gelap gelita. Anda nampak semut itu? Itulah ikhlas...

Saturday, July 18, 2009

murtad.( Petikan dari sebuah laman web)

Assalamualaikum w.b.t Pernahkah anda dengar cerita Aisyah atau nama manjanya intan yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononya untuk menjaga perkauman, taknak terjadi kacau bilau. Kes aisyah yang murtad dan banyak lagi kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend. ia sebenarnya kes murtad yang sengaja ditutup oleh golongan pemimpin tertentu yang kita amanahkan untuk memimpin, mereka ini juga Islam, kita tak tahu kenapa sengaja membutakan hati dari melihat akidah umat islam di Malaysia terutamanya di serang hebat. Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya korang seorang islam yang peka dan sayang kan agama kita Islam, Buatlahlah sesuatu, paling kurang forward alamat ini kepada saudara kita yang tak tahu menahu kalau nak tahu cerita sebenar disebalik semua tu ataupun selemah-lemahnya berdoa agar kita semua serta saudara- saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di madrasah hidayah. Murtad dikalangan orang melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indek pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 89 ajer, 4776 orang melayu mohon tukar nama dari melayu kepada bukan melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997 Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga julai 1997, 3000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 sahaja timbalan menteri di jabatan perdana menteri Dato Nazri dalam menangkis hujah yang dikemukan oleh tokoh pilitik yang sensitif dengan kes murtad ini (nak bawa draf keizinan murtad) , tahun 1998 saja 516 orang sudah murtad. Noraishah bukan kes pertama murtad. sebelum ni dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aishah dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes NurAishah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang melayu sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut , yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri. kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1) bagaimana orang macam nur Aishah boleh murtad
2) bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Nur Aishah adalah gadis melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya dalam keadaan macam tu tak murtad. Dihantar ke sekolah Agama, Dia belajar hingga peringkat 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Tuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam ( Haji Tahir).Dia juga hafal surah yasin dalam ertikata tahu ayat apa surah keberapa yang dibacanya, ayat apa yang azimat semua dia tahu. Itu hebatnya Aishah. Surah sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. dari segi keterampilan dia ...budak perempuan melayu biasa...pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C . Kakak dia pun macam ni juga keterampilannya. Tiap -tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu hari terakhir dia telefon 19 nov 1997,

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu intan dah kristian." Bayangkan hati seorang bapa. PM sendiri boleh heran macamana dia boleh murtad.Apa lagi kita. Aishah adalah simbol anak melayu yang telah didik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang haji bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk Tv menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis ...apa yang dia boleh buat? kes ini penting untuk orang tahu. Seorang menteri telah memesongkan fakta mengatakan nuraishah telah berkahwin secara Islam di selatan Thailand. Mengapa tok menteri ini sengaja kelabukan mata orang melayu? buta? disogok? tali barut?Kita sendiri pun tak tahu. Terpaksa lah ketua pengarah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sendiri buat kenyataan menafikan kenyataan tok menterinya. Dikeluarkan pada 13 Februari 1998 ....." kenyataan ini dikeluarkan oleh ketua pengarah JAKIM bagi menafikan laporan akhbar lepas yang memetik sumber akhbar kononya Nur Aishah dan kekasihnya telah berkahwin secara Islam di Sempadan Thai baru-baru ini." (13 februari 1998). Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah ini minta Aishah dibebaskan untuk dimurtadkan. Butir asal permohonan......

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam cina kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah) .Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 perlembagaan persekutuan iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nuraishah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nuraishah menolak dan meninggalkan agama Islam" : perenggan 6 Perenggan 23: "Saya Lennet teoh percaya bahawa Nur Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibu bapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nuraishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik". Tiada langsung disebut pasal kawin. Macamana seorang menteri melayu boleh putarkan fakta kata ia kes kawin lari? Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 perlembagaan persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur(18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekan orang melayu kita tahun 1957,perlembagaan itulah yang menjerut kita sendiri.

Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syarat dengan undang-undang kita, undang -undang syaraa' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan , rasmi parlimen dll.Tak lebih dari itu.bab kehidupan,politik, ekonomi....semua tak termasuk Article 4 pula menyatakan: "mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. ini termasuklah hukum syarak." Contoh kes Hartina Haji kamarudin. Haji Kamarudin pada masa ceramah ini dibuat ada dalam lokap didakwa mencederakan seorang hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang kerumah dalam keadaan hindu. Haji Kamarudian seorang penjual satay (tumpang kedai cina). Beliau ! Lepaskan anaknya lepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan Hartina balik...ke restoran bapanya dalam keadaan hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja . Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah hindu dengan nandek.

Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga di pelupur oleh kawan-kawan si hindu tu samapai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga. Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya. Nak mempertahankan kekasih hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya, RM3 juta. remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi , dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari nama hindu. Haji Kamarudin ditangkap semula oleh polis sebab ada kejadian hindu laknatullah itu ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Tak mampus juga masih terlantar kat hospital. Yang kena kurung masuk lokap Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina . Haji kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat tu saja 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat. Dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa. Itulah dia kes pertembungan hukum syarak dan hukum manusia yang kita amalkan hari ini. Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah asal hindu nama Santana ada seorang isteri nama entah apa , ada anak lelaki nama Sunjay kalau tak silap usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya juga telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata nehe! Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci ni datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, di minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya. Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak ni. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah Tinggi bagi pada si minachi ni. Kita heran sungguh. Bila si minachi ni nak ambil balik budak tu tak dapat, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa, cari! Yusof, tangkap Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni budak tu kembali jadi hindu. Tak cukup dengan itu punya kurang ajarnya dia si minachi ni minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Alor Setar yang diberi pada Yusof..

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari kelantan umur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka , lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam negeri Kelantan , heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah agar anak dia masuk Islam tak sah . Masa tu Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menagis orang tua tu terpaksa buat peristiharan "Dibawah perlembagaan persekutuan hak seorang anak tertakluk bawah jagaan ibu-bapanya selagi belum cukup 18 tahun. kalau nak tukar agama kena minta kebenaran! ibu bapanya.Semasa Suzie Teoh masuk islam berumur 16 tahun dia tak sah peluk islam." Atas kearifannya , dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun dia panggil balik kes itu dan bagi peluang suzie istiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu dengan wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu baru umur 18 tahun. Sambil menangis budak tu kata" Saya yang arif , kekal dalam agama saya , saya masih nak nama Nur Aini. " maka Tun Salleh pun dengan bangga mengistiharkan Islamnya sah dan namanya Nuraini . Selamat akidah seorang budak Sebab itu juga Tun Salleh kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan ke dua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itu harga yang dia terpaksa bayar. Tapi sampai hari ni dia puas.

Kes terakhir sekali yang paling teruk ...kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anaknya perempuannya usia 5 bulan mati dipancong kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya hindu. Malam hari valentine 14 Februari sedang anak melayu bertukar-tukar bunga didataran merdeka, 3 saudara kita mati dipancong dalam sebuah kontena demi mempertegakkan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak melayu dibunuh kerana dia melayu bukan kerana dia Islam. Sejarah melayu tiada lagi orang melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab melayu. Inilah pertama kali. Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir , bapa kepada Amar diseret dihadapan anaknya. amar diugut supaya tukar agama kalau tidak bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata "Allah hu Ahad" Yasir kena pancung dipadang pasir. kemudiannya Sumaiah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung."Amar hanya mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah. Dan akhirnya mengikut sejarah amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah. Itu zaman puak quraish kafir laknatullah berkuasa, Rasullullah tiada kuasa pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa. Tengoklah negara kita yang mengaku Islam ini dan dipimpin oleh pemimpin Islam ini ? dalam kes negara kita , Bukan sahaja Ibrahim dibunuh, siti solehah dipancung ..anak yang berusia 5 bulan juga dipancung leher hingga putus, tak cukup lagi tanganya juga dipancung. Tiada apa tindakan yang kita ambil setakat ini.

Cerita ini di adun oleh media sedemikian rupa supaya kita orang Islam tidak sedar agama kita di cabar. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa mintak masjid sembahyang jenazah kepada saudara -saudara kita yang mati syahid ini. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut sehinggakan walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Kita dah sampai peringkat saudara kita dipancong sedemikian rupa demi mempertahankan agama. Apa orang melayu buat? Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan majlis agama yang dia di ancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya. Terpaksa para jemaah kita di subang jaya sorokkan dia dalam kontena tapi mati juga keran tiada kawalan. Sehingga kini tiada sapa didakwa atas pembunuhan ngeri tersebut. Semua orang diam buat tak tahu dan biarkan ....tunggu cerita lain pulak keluar.

Orang melayu yang mengaku islam biarkan agama kita dicincang lumat dan di hina sedemikian rupa. Astagfirullah halazim....apa nak jadi dengan kita semua, dengan pemimpin kita yang sepatutnya ada kuasa pinda undang -undang kebebasan beragama itu. Kenapa buat tak tahu saja wahai pak menteri? kenapa orang kita asyik sebok jaga periuk nak untuk isi perut sahaja? Bangkitlah minta undang undang persekutuan yang berkaitan kebebasan beragama dalam article 11dan lain lain berkaitan itu dipinda supaya akidah orang Islam terbela. Setidak-tidaknya kita nak mati pun tak rasa ralat sangat dengan undang-undang yang kita sediakan untuk anak cucu kita nanti. Satu draf undang-undang murtad akan dibentangkan di parlimen oleh puak-puak yang mengaku Islam ini untuk meluluskannya. Undang-undang tu kata, sapa nak murtad boleh tapi kena denda RM 5,000 . Orang islam sendiri (puak puak pemimpin politik nu...) sanggup menilai keagungan Allah dengan nilai RM5,000 . ! Mereka nak laksanakan undang-undang murtad dengan denda RM5,000 dengan penjara 3 tahun. Bangga sungguh puak-puak ini sanggup mempermainkan hukum Allah dengan nama hukum Islam. Kalau kita ambil sama lewa ...kita takut bala Allah ni akan turun bila-bila saja. Sebagai contoh arak dengan bangga dijadikan penaja utama dunia. Dengan bangga dapat duit RM5 juta jadikan arak sebagai penaja utama dunia. Hadis Rasullullah dengan terang menyatakan arak sebagai ibu utama maksiat.

Wabak murtad datang dalam keadaan kita tak nampak. Tahu-tahu, Aishah dah murtad, Hartina, anak Yusof dimurtadkan tau-tau dah 4000 lebih. Disini letaknya kebenaran hadis Rasulullah. Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masadepan ) Rasullullh berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku disatu masa satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan malam di malam gelap gelita" tak nampak. Sahabat bertanya apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku dihari itu di waktu itu pada masa itu, pagi hari Islam petang kafir, petang islam pagi kafir balik. Sahabat bertanya lagi..mengapa begitu ya Rasullullah. Rasullullah menjawab "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia". Imam ghazali pernah berkata dalam perkara ini "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap." Mana nak nampak.toksah kata semut hitam. Letak Sami Vellu bogel atas batu hitam pun kita tak nampak. Kalau dia senyum baru kita tahu ada manusia atas baru hitam dalam gelap. Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Bukan sahaja tak nampak, malah turut pertahankan gerakan murtad ini. Gerakan hindu kita toksah sebutlah belum habis cakap dah ada yang tunggu dengan parang kat luar.

Gerakan! yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta ford tu) pernah menulis berkaitan yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "international jew"(tak silap saya). Unsur yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak yahudi. Takde kilang rokok yang bukan yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja baru letak bola sebijik 70 ribu Melayu tak sembahyang yang kat stadium Shah Alam, belum kira yang kat rumah lagi. Dia hantar Micheal Jackson sekor, kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan satu parti bergaduh kat mana mangkuk ayun ni nak buat pertunjukan. Bab kristian lebih terancang lagi , lebih terperinci. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan king entah ke apa nama ke 6 yang terakhir dan dia pun mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dalam emas di Lindon Belanda yang berkata : " kepada semua pemimpim-pemimpin kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) perang nak mati kita perang untuk hidup. Oleh itu hendaklah kita tukar strategi melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang islam." Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah king tu mati, 1942 kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang ditangan kristian, 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang , tak lama lepas tu tumbang kerajaan Islam Patani, tak lama selepas tu tumbang kerajaan Islam Kedah, tak lama lepas tu tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh ...semuanya satu demi satu. macamana benda ni boleh terjadi? Sebab, gerakan kristian berdasarkan kepada 3 G. gospel,goal, glory.

Pertama kitab dia,kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalu kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke tanah melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh kristian Francis Avier ( kalau saya tak silap eja) dia, sebab nak sebarkan ajaran kristian. Kita orang melayu punya bangga dengan si mubaligh kristian ni siap buat kubur pulak kat melaka tu. Bukan mayat dia ada dalam tu , yang ada dalam tu entah baju dia entah spender dia. Dia mati kat Filipina. Bagaimana cara dia sebarkan kristian nih? Orang kita panggil gerakan halus ...dia panggil yang ditulis kepada semua mubaligh kristian yang nak datang ke Asia ni, cara dia guna kaedah "garam dan ragi".Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian.Contohnya kalau ubi kayu yang waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya dia kekalkan orang melayu dengan identiti Islam hakikatnya kehidupan kita bukan cara islam lagi. Cara inilah yang Rasullullah kata macam kepingan malam di malam gelita , inilah yang imam ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam dimalam gelita tu. Pertama melalui sistem pendidikan.

Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh kristian. Convent itu, Saint inilah. Menurut satu petikan seorang mubaligh kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh Gorge Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi................ "..pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang muslim melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya, justeru itu ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu(kristian) yang diletakkan dalam gelap , penyebaran agama kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian bukan organisasi. Dirasa kesegarannya bukan bersikap kalam, dinamik dan etikal bukan bersifat formalistik pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya lantaran ia tidak menganjurkan ahli melayu tadi menjadi ahli baru kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat melayu dan seluruhnya. ajaran kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu kristian muslim melayu tempatan yang mencerminkan kristian muslim melayu sejati.." Sebenarnya dia hendak, akan datang suatu masa nanti orang melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi kristian.

Cara kebajikan pulak...hari ni sapa tak kenal kelab rotery..yang cuci buah pinggang, kelab lion , bulan sabit merah, saint john ambulan, sapa tak kenal palang merah mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Akhirnya sampai hari ni kita bergaduh sesama melayu. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Orang melayu sendiri yang sponsor maksiat. Seorang Mufti yang nak mempertahankan hukum Allah cegah anak melayu masuk pertandingan ratu cantik, bukan anak melayu tu yang kena, mufti kena buang. hari ni yang menghidupkan maksiat paling besar orang melayu, jeneral lagi, sedara dengan PM lagi sanggup mempertahan ibu maksiat paling besar dalam Islam. Sanggup mempertahankannya, patutnya kita yang lawan. Heran sungguh peel pemimpin yang kita pangkah dalam pilihanraya ni. Kitab bible pertama dalam bahasa melayu diterjemahkan oleh orang melayu....sapa? Karyawan agung....bukan main hebat...Munsyi Abdullah. Banyak saham dia. Sampai hari ni kita pertahankan apa yang dia buat. tu lah dia yang rasullulah kata pagi tadi dia sembahyang dengan kita petang dia jual agama. Pemimpin yang kita pilih itulah apa bila seorang guru nak masukkan draf mempertahan Islam dia tolak Bukan saja tolak hukum Allah dia tolak dengan tepukan. dan kita terus menerus lantik dia jugak. Bodoh sungguh kita semua.

Tengok lah hari ni...Bank Islam, Hospital Islam, pusat pajak gadai pun Islam. Bila orang tengok ..Malaysia Islam. Kita semua nampak macam ubi lagi tapi kita sebenarnya dah jadi tapai. Perlembagaan persekutuan itulah murtad yang paling besar. Sebab perlembagaan tulah Haji Bukhari menagis-nangis, sebab perlembagaan tulah Haji Kamarudin menagis, sebab perlembagaan tulah Yusof menangis, sebab perlembagaan tulah Ibrahim sekeluarga mati dibunuh. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan dengan mulut paling kurang dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun forwardkan alamat homepage ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka sebab ini semua tanggung jawab kita semua. Nak harapkan suratkabar? hampa sungguh kita sebab berita yang keluar semua dok puji pemimpin kita. Semua berita ditapis sedemikian rupa takut orang melayu kita sedar apa yang terjadi. Akhir sekali homepage ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja seangkatan sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Semua fakta dalam halaman ini adalah hakmilik saudara kita Zulkifli Nordin peguambela kes Aishah.

sekian wassalam.!

Thursday, July 16, 2009

buatlah ape sahaja...( solat2)

Kadangkala aku nak saja cakap" buatlah ape sahaja, asalkan solat." Itulah maksudku. Aku faham akan keindahan dunia, penipuan syaitan, dan helah nafsu. Itu yang membataskan setiap pergerakkan insan. Namun aku masih berpegang pada hadith nabi yang mengatakan solat tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat maka die mendirikan agama, barangsiapa meninggalkan solat maka die meruntuhkan agama." Sahabat langsung aku tidak mempunyai niat untuk menjaga hal mu. Tapi itulah keutamaan solat. Banyak perkara yang menyebabkan kita meninggalkan solat. Aku amat memahami dan aku mengharapkan sekalian sahabatku faham.

Sahabat aku mencintai agamaku lebih dari cintaku terhadap dunia. Walaupun aku nampak hipokrit, poyo, cintakan dunia atau sebagainya, namun itulah aku. Aku menyayangi sahabatku justeru aku inginkan mereka menunaikan solat. Itu sahaja harapanku. Wahai insan yang bergelar sahabat, teman, rakan atau apa-apapun. Aku menilai seseorang untuk menjadi rakan,teman atau apa-apapun dengan solat. Aku tak kisah latar belakang rakanku. Miskin atau kaya bukan ukuran. Alim atau tidak bukan ukuran. Atau ape sahaja yang menjadikan anda. Percayalah itulah ukuranku. Aku merayu kepada setiap rakanku agar tunaikanlah solat. Tolonglah sahabat...ini rayuanku!

sahabat...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, July 15, 2009

slumdog milionaire

Pengalaman begitu bernilai. Harganya mampu menjadikan anda jutawan. Begitulah kisah Jamal yang menyertai" who wants to be a milionaire". Menjawab soalan yang hampir sama dengan perjalanan hidup. Kisah yang begitu menarik walaupun aku bukan peminat hindustan, namun filem ini mampu menjulang nama Bollywaaod di peringkat dunia dengan memenangi beberapa anugerah Oscar.

amat menarik. Penuh pengajaran. Kasih sayang. Rindu dan dendam. Tak rugi menontonnya. Jangan lupa menonton ye.

seorang Zulhelmi...

Kadang kala aku begitu suka digelar wafie walaupun bukan nama sebenar. Namun baru sebentar tadi aku 'ym' dengan seorang Zulhilmi. Teman karib lama yang seperti adikku sendiri. Kami sememangnya serasi. Justeru pertemuan semula ini membuatkau merasa bertuah menjadi seorang Zulhelmi. Emi, Zul,Helmi, Jul atau apa-apa pun kini aku merasa bangga menjadi seorang Zulhelmi.

Terima kasih buat ayahanda dan bonda yang memberi nama ini. Semoga maksud nama yang diberi ini menjadi realiti. Kepada Zulhilmi terima kasih kerana masih ingat akan rakan lama. Selamat berjaya dalam hidup dan semoga ubatgigihalal.blogspot.com menjadi tumpuan peminat blog seantero dunia.

Monday, July 13, 2009

Aku Rafiqmu...

Rafiq dengar aku berbicara. Dalam hatiku mempunyai banyak cinta. Pertama kepada yang maha Esa. Adakah aku sanggup korbankan cinta pada yang Esa ini. Namun aku kasih padamu rafiq seperti kasihku pada diri ini. Aku mendengar setiap keluhanmu. Aku berada ditempatmu. Musuhmu adalah musuhku. Dialah yang membuatmu masuk ke daerah itu. Bukan salahmu. Salah syaitan! Dia yang membawamu. Aku berada jauh darimu ketika itu. Maaf rafiq, aku lupa berdoa pada tuhan ketika itu. Jika tidak pasti ada pertolongan. Aku juga bersalah. Letakkanlah kesalahan dibahu ini. Aku gagal menjalankan tugas seorang rafiq. Besarkah kesalahan itu? Aku lihat diwajahmu.

Ingin saja aku lari. Aku sedikit kecewa kerana mutakhir ini aku kerap berpesan. Namun itulah takdir tuhan. Adakah aku meninggalkan rafiq bersendirian pada ketika ini? Ikutkan hati. Aku berfikir lagi. Aku memberi jalan dan ruang. Memberi kegembiraan fikirku. Adakah dia mengkhianatiku? Demi Allah aku mahukan terbaik buatnya. Ya, ALLAH berilah pertolongan pada rafiqku kerana dia hambamu. Aku berdoa untukmu kerana aku rafiqmu.

Friday, July 10, 2009

Sebelum terlena

Terus terang aku katakan. Aku sedikit terguris. Faktor emosi? Hormon? Keturunan? Aku sendiri masih lagi bingung. Hati lelaki yang terguris. Mana mungkin. Namun aku masih lagi ingat akan Saidaina Umar yang segarang singa tetapi mampu menangis di malam hari mengadu nasib pada tuhannya. Jujurnya, aku ingin jadi sepertinya. Alhamdullillah diberikan jasad seperti ini.

Adakah bintang, gunung, burung atau pokok yang membaca kisah ini? Jika ada aku iigin bertanya, bagaimana kehidupan kamu semua tanpa diberikan akal? aku merasa terhina sendiri. Aku diberikan akal namun tidak berjaya mengawal jasad ini. Hatiku mudah saja terguris. Tapi itulah anugerah buat manusia, mempunyai emosi. Aku ingat segala yang berlaku sebelum ini. Hal ini yang memungkinkan aku berkecil hati. Kalaulah aku lupa akan peristiswa semalam, bulan lepas, atau tahun lepas mungkn aku tidak akan beremosi begini.

Sesungguhnya, aku ingin bebas dari belenggu ini. Inginkan kedamaian. Aku akan ke sana. Membawa emosi ini. Atau diberikan pilihan aku ingin terus singgah di sana dan menginap.

Thursday, July 9, 2009

Tidolah selagi boleh tido...(perli)

Adakah kehidupan di dunia untuk tidur sahaja. Sedikit terkena diri kata-kata itu . Siapa yang makan asam die yang terasa masamnya. Aku pun pernah terlibat dalam tidur melampau(banyak tidurla).

Namun disebalik kepenatan atau kekosongan yang ada itu ade lagi satu fardu yang jika ditinggalkan mampu meruntuhkan agama! Betulkah?
Janganlah meninggalkan solat kerana kerja(tanggungjawab) atau amanah kerana bukan kerja atau amanah itu yang akan disoal dahulu tetapi solat. Jika rosak solat habis rosak amalan lain.

Marilah berusaha bersama-sama untuk menunaikan solat fardu yang lengkap bukan empat atau tiga tetapi lima. Ganjaran ALLAH amat besar. Marilah berebut untuk mendapatkannya. Semoga kita dapat menjauhi amalan meninggalkan solat dengan sengaja.

Salju Sakinah

Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009:
Salju Sakinah dalam Senarai Finalis

Fiksyen:
Aisya Sofea - Selagi Ada Dia
Anis Ayuni - Seribu Kali Sayang
Fauziah Ashari - Rindu Cintaku
Damya Hanna - Ternyata Cinta
Ramlee Awang Murshid - Hijab Sang Pencinta
Siti Rosmizah - Andai Itu Takdirnya
Norhayati Berahim - Kembalikan Cintaku
Aleya Aneesa - Segalanya Untukmu
Mimie Affnie - Kalau ada Jodoh
Zaid Akhtar - Salju Sakinah

http://saljusakinah.blogspot.com/
Non-fiksyen:
Dr. H.M. Tuah Iskandar - Fikir-Fikirkan
Sheihk Mustapha - Menggapai Bintang
Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim - Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Dr. Tengku Asmadi - Teknik Memotivasi Anak Cara Positif
Dato Ustazah Nor Bahyah Mahmood - Hadiah untuk Muslimah
Dr. H.M. Tuah Iskandar - Membina Cinta Sayang
Dr. Danial Zainal Abidin - Minda Muslim Super
Dato Dr. Mohd. Fadhilah Kasmah - Langkah Bijak Usahawan Terbilang
Azahar Abdul Rahman - Rahsia Buat Duit Dengan Ebay

Cara undian adalah:

1. Undian melalui borang dalam akhbar Berita Harian mulai 19 Jun 2009
2. Borang Undian yang diberi di semua rangkaian gedung buku Popular seluruh Malaysia.

Sumber: Blog PTS

Jual Top up boleh kaye???

Industri MOBILE telah membawakan satu teknologi yang sangat berkuasa iaitu Sistem Pesanan Ringkas atau SMS, Statistik hasil kaijian Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menunjukkan lebih dart 20.5 billion SMS telah dihantar dalam tahun 2008.

Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga, pada suku ke-4 bagi tahun 2008 sahaja, terdapat lebih dari 27.1 juta pengguna talian mudah alih dan hampir 80% daripadanya adalah pengguna prabayar (prepaid).

layari- http://Prepaid4U.Net/?id=helmiwafie


Jadual Survey Pengguna Handphone 2009

Ternyata pengguna handphone telah meningkat sebanyak hampir 4 juta pengguna baru berbanding suku ke-4 tahun sebelumnya. Bayangkan gandaan potensi di dalam perniagaan ini!

Di akui perniagaan telekomunikasi kini menjadi perniagaan yang sangat menguntungkan. Anda pasti banyak melihat rancangan-rancangan yang menggunakan sistem Undian SMS, langganan SMS (contoh: type CINTA dan hantar ker bla.. bla.. bla... untuk mendapat tips-tips bercinta) dan berbagai lagi. Dan selama ini, kita hanya menjadi pengguna yang dimanipulasikan oleh syarikat-syarikat besar untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit. Kenapa tidak kita sama-sama memperoleh manfaat dari senario ini?

layari- http://Prepaid4U.Net/?id=helmiwafie

Nilai seekor kucing3

Lewat malam tadi kira-kira jam dua belas aku pulang ke bilik sebentar. Aku terlihat sebuah kotak yang sangatku kenali. Kotak kucing. Jiranku membawanya ke sini. Aku lihat juga sepiring pinggan yang berisi susu dan sebuku roti. barangkali makanan buat si ibu. " Sudu yang guna untuk kucing tak boleh guna lagi tahu." Aku memberitahu jiranku. Dia mengiyakan. Aku memberitahu khabar sebelum ini yang memberitakan peristiwa ajaib kucing hidup semula.

Jiranku tergelak." Mana ada kucing hidup semula." Aku bercerita tentang kucing tompok coklat putih yang jatuh. Namun selepas itu ada orang melihatnya berjalan. " Memang kucing itu hidup. si Coklat yang mati." Aku sedikit tersentak. " Yang di dalam kotak ni." " Yang dalam kotak ini kucing yang kau dengar mengiau-ngiau setiap hari tu." Jadi kesemuanya empat ekor. Si Hitam kekelabuan ini yang keempat. Aku bersyukur kerana si Tompok Coklat putih masih mempunyai teman bermain.

Aku meneruskan niatku. Menonton anamorph. Kisah seram yang dikhabarkan padaku oleh seorang teman. Kematian yang sungguh berseni. Namun agak membosankan bagiku. Selepas cerita itu aku terus ke bilik seorang lagi teman menonton 'Bolt'. Kisah menarik mengenai haiwan sama seperti kucing, namun bernama anjing.

Pagi ini tiada kelas lagi.Aku menggunakan peluang untuk tidur hingga lewat pagi. Pukul 11. Jiranku bertanya kepadaku tentang kucing hitam kekelabuan di hadapan biliknya. Kotak kosong. Semua tidak tahu ke mana ibu dan anak kucing itu menghilang. Kini jam sudah menunjukkan angka 12. Khabar masih belum menemuinya.

Wednesday, July 8, 2009

Nilai seekor kucing2

Jam 11 pagi. Seeorang teman masuk ke bilik mengejutku. Subuh? Minta maaf. Tersasar. Aku terbangun pukul 9 tadi. Namun entah syaitan malaun mana yang membuaiku. Aku terlena. " Kucing lagi satu mati. " " Apa?" Aku terkejut.

Kalaulah kucing itu aku. Cuba bayangkan. Si Coklat mengejut si Tompok Putih. " Wei si penulis tu mati. Tapi belum buat subuh lagi." Mengucap panjang. Begitu perasaanku. Mendengar berita kematian walaupun seekor kucing di pagi hari tanpa subuh. Menakutkan apabila terfikirkan hari pembalasan. "Ya rabb, ampunkanku."

Wahai sahabat yang menggerakkan tubuhku di kala subuh. Aku izinkan kamu menyimbah air ke muka ini agar aku tidak terlepas peluang bersama Illahi. Sayu. Namun itulah aku ketika dalam sedar.

Tapi khabar lewat malam dari seorang teman mengatakan kucing itu masih hidup. Dia nampak kucing itu berjalan. Aku merasakan hatiku yang mati kembali hidup. Alhamdullillah ada pengajaran disebalik tiap peristiwa itu.

PPSMI, dasar dan harapan

Reaksi pelbagai. Ada yang menentang. Ada juga membela. Namun sejauh mana dasar itu mampu membawa harapan. Mari kita kisahkan. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah melakukan kajian mendalam(wikipedia).

Bantahan golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan
Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said dan Prof Muhammad Hj Salleh bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI.Mereka menyatakan penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009.

Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut:

Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda.
Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.
Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.
Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.
Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

Ahli politik yang mendukung
Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI ialah Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains dan matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris.


Ahli politik yang menentang
Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata "Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini, dan "pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik." Anwar mengulangi ikrar beliau untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda sewaktu parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima memorandum membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15 Januari 2009.

YB Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya, "(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di sekolah.

Penentangan awam: Gerakan Mansuhkan PPSMI
Lihat juga Perarakan Keranda Mac 2009
Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar Gerakan Mansuhkan PPSMI yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai "Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti campuran tersebut, apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokong perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO.

GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad, dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong. Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.

Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi., di samping dilaporkan merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152", sempena dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari.Akan tetapi pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan "Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata, laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis yang seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.

Tuesday, July 7, 2009

Nilai seekor kucing

Hari ini aku sedikit terkesima. Baru tadi aku menjinjing lehernya. Dia menurutiku masuk hingga ke dalam bilik seorang teman. Saat ini aku melihat seekor badan menghadapi saat kematian. Semuanya di depan mata dan terlalu pantas. Pada mulanya dia cuba bermain-main dibirai tembok aras 4, dan terjatuh. Tergelincir jatuh kebawah. Aku menyaksikannya. Percayalah aku sangat mengasihani kucing itu. Haiwan kesayangan baginda Rasullullah. Aku pantas berlari mencari teman yang begitu mengambil berat akan kucing ini. Masih segar diingatanku ketika ibu kucing yang pekak dan bisu itu melahirkan dua ekor cahaya mata comel. Ada seorang teman yang meletakkannya ke dalam kotak kasut. Namun temanku ini menyuruh mengambil kotak yang lebih besar agar ibu dan anak-anak kucing itu dapat bersama. Aku melihat sendiri kasih sayang temanku terhadap kucing- kucing itu. Semoga kucing itu mendoakannya kelak.

Aku singgah di surau blok untuk menunaikan fardu zohor. Sambil itu aku sempat melihat sedikit perkembangan anak-anak kucing itu yang terletak berhampiran surau. Tiga ekor anak kucing. Aku terkejut seketika. Memikirkan kelahiran anak ketiga kucing itu. Aku tidak dapat berfikir panjang lalu aku terus memanggil temanku yang arif tentang kucing ini. Aku lihat senyuman di wajahnya. Kegembiraan. Namun dia pun kehairanan sepertiku. Seekor bertompok hitam putih, seekor bertompok coklat putih dan yang baru wujud itu berwarna coklat muda. Aku tidak sabar melihat anak-anak kecil ini berjalan. Mesti mencuit hati.

Hari ini selasa 7 julai, aku melihat anak-anak kucing itu mula berjalan. Sememangnya comel seperti anggapanku. Teman-temanku sibuk mengejar anak-anak kucing itu dan memasukkannya ke dalam kotak. Waktu itu aku sedang sibuk menanak nasi. Si Tompok Hitam Putih asyik menurutiku. Waktu aku selesai menanak si tompok hitam putih masih di situ. Setia menungguku. Aku mengisi sedikit ruang yang ada ini melihat gelagatnya. Bermain di hadapanku berhampiran tembok dan birai itu dan...

Bagaimanakah keadaanku nanti di saat akhir nyawaku. Sedangkan kucing yang baru lahir ini tanpa dosa dan bernama binatang yang tiada akal terseksa. Aku berfikir sejenak. Temanku mulai sedih. Aku bersimpati akannya. Namun itulah takdir illahi. Barangkali ada sesuatu yang Allah ingin aku lihat. Dalam keadaanku yang serba cacat pada amal ini di saat maut itu yang sentiasa mengekoriku. Adakah masih mempamerkan senyuman. Senyuman itu tawar. Persoalannya adakah tawar itu tidak mampu ditambah madu. Aku pasti ramai yang mampu menjadi madu. Namun aku tak pasti mampukah madu itu menolongku.

Namun aku mengharapkan sitompok hitam putih itu mampu berbicara di akhirat kelak menolongku serta temanku menjawab soalan hakim besar ketika itu. " Tuhanku ampunkan dosa mereka yang menolongku." Atau jika dia sudah bertemu tuhan semoga dia berdoa " Ya tuhanku berikanlah hidayah kepada penulis itu dan temannya yang sentiasa merinduiku serta risau akanku ketika saat nyawaku ditarik." Amin...

Mampukah aku...

Yang Maha Mendengar,
dengarlah rayuanku,
merindui setiap detik dulu,
penuh cahaya yang dingin,
tenang bak bayu berdesir.

Mampukah aku,
Membingitkan telinga mendengar,
Ironinya aku tuli,
Lena dalam ribaan alpa,
Ironinya aku wafie,
padaMu.

Setiap masa aku menginginkan,
lihatlah hati ini,
Agar mampu disuci,
mengharapkan air perigi kaki Ismail,
mampu memutihkan kembali,
tiap titik dan cebis,
Kegelapan.

Namun,
mampukah aku,
sampai ke situ,
sebaik-baik penginapan,
sesedap santapan,
secantik bidadari,
aku menginginkan taman indah itu,
Al-firdausi,
sejenak
aku berfikir sendiri,
mampukah aku?

untukmu teman,

Andai kalian tahu isi hati ini pasti tiada lagi tanda tanya. Sahabat aku butirkan setiap yang terbuku dihati dalam kelam. Agar kalian faham walau sekelumit isi hati. Sesungguhnya, yang ternyata di telefon bimbit, di nota, atau pun semua yang nampak nyata itu tidak menggambarkan yang tersirat. Aku menginginkan pendamping yang faham akan diri ini. Teman yang mampu mengukir senyuman dibibirku. Sahabat yang bisa nampak akan setiap tangis hatiku. Sahabat aku menghulurkan tangan ini buat kau sambut. Mengharapkan daku mampu menolong setiap saat kesusahanmu. Semoga aku boleh membungakan harapan yang ada dalam setiap impianmu.

Sahabat, aku akan bersamamu, disampingmu. Aku akan sentiasa membuatmu dalam sakinah. Kedinginan hati. Biar wujud qalbu salju sakinah. Aku sentiasa menyimpan sesuatu. Biar pendam dala kalbu. Semoga harapan itu menjadi debu. Dan akhirnya terbang bersama bayu.Mengharapkan harapan itu singgah di awan dan menjadi cermin dunia. Agar bila aku kesepian nanti, aku mampu melihat ke awan dan tersenyum melihat harapan tinggiku masih di situ.

Monday, July 6, 2009

Result..result...

Debaran..huh... Itu yang boleh dikatakan setakat ini. Namun aku tak kisah sangat tentang result itu. Kalau dapat baik, alhamdullillah. Tapi aku yakin result mesti ok punye. Semester satu membanggakan. Aku mengharapkan yang terbaik untuk semester dua. Pasti berjaya. Aku mendoakan jua kejayaan buat rakan-rakan lain di IPGMTAA. Semoga kalian berjaya.

Masjid Lipis

Alhamdullillah... dapat gak pergi ke masjid Lipis. Ceramah yang berkisar tentang dua Umar iaitu Umar Al-Khatab dan Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Al-Khatab merupakan salah seorang penentang islam pada zaman awal islam. Kisah bermula apabila Umar marah akan seorang penduduk mekah yang masuk islam ketika itu. Namun penduduk mekah itu berkata. Sebelum beliau marah akannya, baiklah melihat sendiri akan ahli keluargamu. Sebaik sahaja tiba dirumah beliau melihat adiknya membaca Al- Quran. Beliau mendengar adiknya membaca surah Toha yang menyebabkan hatinya tersentuh. Lalu beliau masuk islam selepas peristiwa itu.

Umar Abdul Aziz pula merupakan keturunan Umar Al- Khatab dari anaknya A'sim. Pada suatu hari ketika Umar Al- Khatab berjalan disekitar Mekah beliau melalui sebuah rumah lalu mendengar perbualan dua orang wanita. Si Ibu memberi cadangan untuk memasukkan air ke dalam susu jualan mereka. Namun si anak membantah. Si Ibu berkata lagi. Amirul Mukminin tidak tahu. Si Anak berkata pula, walaupun amirul mukminin tidak tahu namun tuhan Amirul Mukminin tahu. Selepas mendengar peristiwa itu, Umar kembali kerumah lalu bertanya kepada anaknya yang mahu berkahwin. A'sim mengangkat tangan. A'sim dikahwinkan dengan wanita itu dan melahirkan Abdul Aziz yang merupakan ayah kepada Umar Abdul Aziz.

Kunjungan kali ketiga ke masjid lipis memberi makna bagi saya kerana ilmu yang diperoleh begitu bermakna. Saya bersama rakan lain menaiki bas yang disediakan pihak institut untuk ke sana. Di akhir ceramah sejurus habis solat isyak kami dijamu dengan hidangan yang menyelerakan. Alhamdulillah, pelbagai perkara yang kami dapat. Ilmu yang berguna serta makanan yang lazat.

Sunday, July 5, 2009

Fobia

Sememangnya fobia. Filem yang memberikan banyak babak menyeramkan kejutan yang boleh membuatkan anda terkejut. kalau tak percaya tontonlah sendiri. Pasti menjanjikan kelainan. Filem ini mengandungi empat kisah yang dimuatkan dalam satu tajuk. Empat cerita berlaianan. Jalan cerita berbeza. Saya pasti anda akan teruja.

Zaman Peradaban...

ZAMAN PERADABAN
Zaman ini
zaman peradaban
Meyelusuri tiap ruang yang penuh ini
Melangkau setiap ceruk dan paksi
Mencari definisi peradaban
Dalam kelam falsafah
Ilmu sains yang berpinar.
Percayalah setiap butir bicara mereka itu
Boneka yang berpidato hebat
Dalam dimensi kecil pentas kirana
Tertawa, duka, lara
Memberi dan menabur permata yang manis
Untuk jagat janjinya
Namun inilah bukti
Lihat dan perhatilah.
Masih lagi mencari zaman peradaban
Yang mampu membawa pengharapan
Kebenaran itu membawa tangisan
Membawa kemarahan
Namun percayalah zaman ini
Zaman peradaban yang
Serba kelam.

kisah ini...

Alhamdulillah... kesyukuran yang infiniti buat Al-Khaliq memberi akal yang berbisa mampu membuka hati untuk sebuah kisah. Apakah kisah ini... kisah ini adalah kisah seorang sahabat. Amatlah bertuah anda membaca kisah ini. Kisah saya. Kisah seorang sahabat. Apakah tujuan sebuah kisah. Adakah anda kisah? Kisah merupakan sesuatu yang signifikan. Jadilah orang yang kisah tentang sebuah kisah. Anda kisah tentang kisah saya. Mahukah anda kisah? Kisah saya, saya kisahkan untuk anda mengenali seorang yang bernama Zulhelmi. Namun saya lebih suka anda gelarkan wafie. Menjadikan nama pena saya helmiwafie... setakat ini kisah ini. Saya akan kisahkan lagi untuk anda kisahkan tentang kisah saya.