Wednesday, March 10, 2010

kerana mulut badan binasa atau salah faham???

Kerinduan aku putus! Agak penat aku menaip tiga ke empat baris gajet acer ni tetiba ' restart' ! Marah...namun seketika. Aku sambung kembali. Agak lama jari ini tidak menari di 'keyboard' acer ini. Lega apabila seorang teman memberi pinjam Internet Tanpa Wayar milikya sewaan dari Celcom. Satu-satunya rangkaian 3G di Kuala Lipis. Mulut mampu membinasakan badan ke? Atau salah faham yang membinasakan. Kehidupan dalam komuniti sememangnya mengundang banyak salah faham. Perkara inilah yang bakal mewujudkan komuniti yang pincang. Bersyarah pulak!!! Bukan hanya pendapat sebagai ahli komuniti. Kadang-kadang kawan rapat pun boleh gaduh. Jadi untuk meleraikan segala kekusutan cuba bersangka baik. Mungkin apa-apa yang anda bace atau dengar bukan seperti yang dimaksudkan.