Sunday, January 30, 2011

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang

Akhirnya, seperti semua maklum. johor merupakan negeri lahirnya pengasas Umno, Dato' Onn Jaafar telah mengekalkan reputasinya dengan tenang. Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon Pas, Normala Sudirman. 
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya. 

Pilihan Raya Tenang: bergelora

Hujan memanjang di kluang dan beberapa kawasan yang tenang termasuk Dun Tenang di Labis Johor menimbulkan kerisauan. 
Masakan tidak hari ni pilihan raya kecil dun tenang sedang berlangsung...
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=560489

Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat

untuk sesiapa yang menghantar anak, abang, atau sedara mara ke Mesir usah risau. Rakyat Malaysia di sana selamat. Tak percayakah??? Bace ni...

Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Guru lepasan IPGM ade tempat

Menurut berita ni graduan IPGM da diiktiraf MQA dan sudah dapat penempatan mereka..sila kik link untuk membaca seterusnnya...

Friday, January 28, 2011

Pilihan Raya Tenang

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor, akan membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya kecil kawasan itu, Ahad ini. 

Perdana Menteri berkata, pengundi di kawasan berkenaan sudah tentu dapat
menilai calon sesuai yang akan dipilih menjadi wakil rakyat mereka. "Saya yakin mereka faham akan pilihan mereka dan sudah dapat membuat kesimpulan.

"Mereka dah tengok kedua-dua pihak (calon) dan saya yakin mereka akan 
membuat pilihan yang bijak," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini 
hari ini. 

Pilihan raya itu membabitkan calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, 39, 
dan calon PAS, Normala Sudirman, 38. 

Ia diadakan selepas penyandang kerusi itu, Datuk Sulaiman Taha daripada BN, 
meninggal dunia pada 17 Disember lalu. 

Najib juga berharap pengundi di kawasan Tenang dapat memikirkan masa depan mereka dan mengambil peluang daripada pilihan raya kecil itu bagi memilih 
wakil rakyat yang sesuai. 

"Ini pilihan raya kecil bukan pilihan raya umum. Jadi, yang penting sekali 
ialah untuk mereka memilih seorang wakil rakyat yang boleh membuat sesuatu atau 
memberi kelebihan kepada mereka. 

"Itu yang paling utama dalam soal pilihan raya kecil," katanya. - BERNAMA 

Sunday, January 9, 2011

Sedikit Langkah Qarun pada Jalanmu~

Ni harta Qarun!!!



"Kemudian Nabi Musa as. berdoa kepada Allah sambil memukulkan tongkatnya ke atas tanah, ia berkata: “Dengan Nama Allah, hai bumi telanlah Qarun dan pengikutnya serta semua harta bendanya.”
    Apa yang terjadi, tiba-tiba tanah itu terbelah, Qarun dan para pengikutnya berserta semua harta bendanya terbenam ke dalam bumi. Saat itu tidaklah ada yang memberikan pertolongan baik dari para pembantu dan harta kekayaannya dan tidak seorang dari manapun yang ingin memberikan pertolongan. Demikianlah azab Allah terhadap mereka." ( petikan sebuah cerita)


Siapakah umat dunia yang sanggup bergelar Qarun hingga ditelan bumi bersama harta dan keegoaanya?


Hanya dirimu, malaikat, syaitan dan Allah yang nampak kekusutan hatimu. Namun hanya Allah yang mengetahui segalanya. Manakan tidak dilimpahkan rezeki yang tidak terduga jika Allah tidak tahu usaha serta doamu yang menggunung tinggi?


Dan setelah sedikit nikmat dicurahkan, hatimu mulai leka. Semakin longgar dan sukar untukmu bersyukur. Kakimu mula longlai pada jalan-Nya lalu sedikit langkah Qarun wujud pada jalanmu. Sudah ku katakan tadi hanya dirimu, malaikat, syaitan dan Allah yang tahu akan dirimu. Justeru kamu pemutus. Kembali atau tunggu ditelan bumi!!!