Monday, July 6, 2009

Masjid Lipis

Alhamdullillah... dapat gak pergi ke masjid Lipis. Ceramah yang berkisar tentang dua Umar iaitu Umar Al-Khatab dan Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Al-Khatab merupakan salah seorang penentang islam pada zaman awal islam. Kisah bermula apabila Umar marah akan seorang penduduk mekah yang masuk islam ketika itu. Namun penduduk mekah itu berkata. Sebelum beliau marah akannya, baiklah melihat sendiri akan ahli keluargamu. Sebaik sahaja tiba dirumah beliau melihat adiknya membaca Al- Quran. Beliau mendengar adiknya membaca surah Toha yang menyebabkan hatinya tersentuh. Lalu beliau masuk islam selepas peristiwa itu.

Umar Abdul Aziz pula merupakan keturunan Umar Al- Khatab dari anaknya A'sim. Pada suatu hari ketika Umar Al- Khatab berjalan disekitar Mekah beliau melalui sebuah rumah lalu mendengar perbualan dua orang wanita. Si Ibu memberi cadangan untuk memasukkan air ke dalam susu jualan mereka. Namun si anak membantah. Si Ibu berkata lagi. Amirul Mukminin tidak tahu. Si Anak berkata pula, walaupun amirul mukminin tidak tahu namun tuhan Amirul Mukminin tahu. Selepas mendengar peristiwa itu, Umar kembali kerumah lalu bertanya kepada anaknya yang mahu berkahwin. A'sim mengangkat tangan. A'sim dikahwinkan dengan wanita itu dan melahirkan Abdul Aziz yang merupakan ayah kepada Umar Abdul Aziz.

Kunjungan kali ketiga ke masjid lipis memberi makna bagi saya kerana ilmu yang diperoleh begitu bermakna. Saya bersama rakan lain menaiki bas yang disediakan pihak institut untuk ke sana. Di akhir ceramah sejurus habis solat isyak kami dijamu dengan hidangan yang menyelerakan. Alhamdulillah, pelbagai perkara yang kami dapat. Ilmu yang berguna serta makanan yang lazat.

No comments: