Kadangkala aku nak saja cakap" buatlah ape sahaja, asalkan solat." Itulah maksudku. Aku faham akan keindahan dunia, penipuan syaitan, dan helah nafsu. Itu yang membataskan setiap pergerakkan insan. Namun aku masih berpegang pada hadith nabi yang mengatakan solat tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat maka die mendirikan agama, barangsiapa meninggalkan solat maka die meruntuhkan agama." Sahabat langsung aku tidak mempunyai niat untuk menjaga hal mu. Tapi itulah keutamaan solat. Banyak perkara yang menyebabkan kita meninggalkan solat. Aku amat memahami dan aku mengharapkan sekalian sahabatku faham.
Sahabat aku mencintai agamaku lebih dari cintaku terhadap dunia. Walaupun aku nampak hipokrit, poyo, cintakan dunia atau sebagainya, namun itulah aku. Aku menyayangi sahabatku justeru aku inginkan mereka menunaikan solat. Itu sahaja harapanku. Wahai insan yang bergelar sahabat, teman, rakan atau apa-apapun. Aku menilai seseorang untuk menjadi rakan,teman atau apa-apapun dengan solat. Aku tak kisah latar belakang rakanku. Miskin atau kaya bukan ukuran. Alim atau tidak bukan ukuran. Atau ape sahaja yang menjadikan anda. Percayalah itulah ukuranku. Aku merayu kepada setiap rakanku agar tunaikanlah solat. Tolonglah sahabat...ini rayuanku!
No comments:
Post a Comment