Adakah kehidupan di dunia untuk tidur sahaja. Sedikit terkena diri kata-kata itu . Siapa yang makan asam die yang terasa masamnya. Aku pun pernah terlibat dalam tidur melampau(banyak tidurla).
Namun disebalik kepenatan atau kekosongan yang ada itu ade lagi satu fardu yang jika ditinggalkan mampu meruntuhkan agama! Betulkah?
Janganlah meninggalkan solat kerana kerja(tanggungjawab) atau amanah kerana bukan kerja atau amanah itu yang akan disoal dahulu tetapi solat. Jika rosak solat habis rosak amalan lain.
Marilah berusaha bersama-sama untuk menunaikan solat fardu yang lengkap bukan empat atau tiga tetapi lima. Ganjaran ALLAH amat besar. Marilah berebut untuk mendapatkannya. Semoga kita dapat menjauhi amalan meninggalkan solat dengan sengaja.
No comments:
Post a Comment