Kadang kala aku begitu suka digelar wafie walaupun bukan nama sebenar. Namun baru sebentar tadi aku 'ym' dengan seorang Zulhilmi. Teman karib lama yang seperti adikku sendiri. Kami sememangnya serasi. Justeru pertemuan semula ini membuatkau merasa bertuah menjadi seorang Zulhelmi. Emi, Zul,Helmi, Jul atau apa-apa pun kini aku merasa bangga menjadi seorang Zulhelmi.
Terima kasih buat ayahanda dan bonda yang memberi nama ini. Semoga maksud nama yang diberi ini menjadi realiti. Kepada Zulhilmi terima kasih kerana masih ingat akan rakan lama. Selamat berjaya dalam hidup dan semoga ubatgigihalal.blogspot.com menjadi tumpuan peminat blog seantero dunia.
No comments:
Post a Comment