Monday, July 13, 2009

Aku Rafiqmu...

Rafiq dengar aku berbicara. Dalam hatiku mempunyai banyak cinta. Pertama kepada yang maha Esa. Adakah aku sanggup korbankan cinta pada yang Esa ini. Namun aku kasih padamu rafiq seperti kasihku pada diri ini. Aku mendengar setiap keluhanmu. Aku berada ditempatmu. Musuhmu adalah musuhku. Dialah yang membuatmu masuk ke daerah itu. Bukan salahmu. Salah syaitan! Dia yang membawamu. Aku berada jauh darimu ketika itu. Maaf rafiq, aku lupa berdoa pada tuhan ketika itu. Jika tidak pasti ada pertolongan. Aku juga bersalah. Letakkanlah kesalahan dibahu ini. Aku gagal menjalankan tugas seorang rafiq. Besarkah kesalahan itu? Aku lihat diwajahmu.

Ingin saja aku lari. Aku sedikit kecewa kerana mutakhir ini aku kerap berpesan. Namun itulah takdir tuhan. Adakah aku meninggalkan rafiq bersendirian pada ketika ini? Ikutkan hati. Aku berfikir lagi. Aku memberi jalan dan ruang. Memberi kegembiraan fikirku. Adakah dia mengkhianatiku? Demi Allah aku mahukan terbaik buatnya. Ya, ALLAH berilah pertolongan pada rafiqku kerana dia hambamu. Aku berdoa untukmu kerana aku rafiqmu.

No comments: