Friday, December 31, 2010

zinger burger baru

Nak ayam sekali ke burger jew???
Hmm..yang zinger burger baru tu je..
ye la nak ayam sekali x??
law nak ayam sekali aq akan order xmeal la akak oi...( dlm hati)..xde ayam...

sape kate law da sehat bley mkn ape jew...penangan mountain dew, cheesy wedges dan zinger burger cukup menusuk ke tekak..fuh..dingin..

Sungguh KFC yang duduknya sedikit jauh dari stadium Shah Alam tu saksinya! Perjalanan ke Seksyen berselirat dengan bil yang xsudah kisahnya membawa proton Wira kelabu singgah di sini seusai kedai biru itu menawarkan laporan semula. Manakan tidak sudah dua tahun! Haa dua tahun! Terkejutkan. Dari Menara Atlan yang dulunya disebut menara Naluri bersebelahan tokong cina berhadapan Jalan Ampang sikit sasar dari perjalanan ke KLCC merupakan tempat singgah laporan pertama. Namun masih kosong. Rumah masih lagi menerima surat ugutan syarikat guaman upahan yang meminta-minta tanpa usul periksa. Surat merah itu jika disimpan cukup untuk menyarungkan semula pokok yang ditebang. Kunjungan kedua bersama seorang teman ke Taman Maju Batu Pahat berdekatan Carefour dan sebuah restoren Mc Donald sedikit mengubat. Janji lagi untuk laporan kedua. Namun peguam seperti tidak serik menghantar surat demi surat ke teratak dua puluh tahun itu. Kunjungan kedua Ke Kedai biru di Jalan Ampang  di harap membawa harapan. Semua tahu penjaga kaunter seperti biasa akan berlakon terkejut kemudian...Janji!!! Panggilan pula menyusul. Suara yang tidak lunak ditambah dengan nada sekata menyesakkan fikiran. Bayar!!! Kunjungan seterusnya ke Taman Maju, BP. Kali ini seperti tidak bersalah menyatakan bahawa surat-surat terdahulu tersalah isi. Mana mungkin 3 kali salah! Janji keempat diharap membuahkan hasil. Dua minggu lalu kisah bermula. Panggilan dari syarikat guaman.

Hello boleh cakap dengan mrXXXX
ye saya cakap..
Encik x bayar.....
Saya daftar ape tu dengan syarikat biru?
Entahla encik sama ada broadband atau talian.
Memang la. Memang tu pon produk die.
Saya memang tak diberitahu.
Lain kali nak mintak hutang kena la tahu.
Encik nak bayar???
Entah.....
Dengan sinis, terima kasih banyak la encik.

Zinger burger ini bukan kesudahannya. Laporan polis, salinan surat beranak, bil utiliti dan surat sumpah mengisi ruang fikiran. Satu lagi janji akan ditabur...

Sunday, December 19, 2010

sebelum terlena..

Malam ini sebelum terlena jasad ini ingin sekali menzahirkan syukur pada Mu kerana masih memberi ruang. semoga hati semakin tenang. Semoga segala cita yang pernah dimimpi menjadi realiti.

Meski hati asyik leka dengan keresahan, namun akal semakin waras menilai kaca dan permata. Berkat usia yang makin lanjut menambah ruang sudut pandang. Memberi positif tiap yang negatif. Mungkin lena menemani malam yang dingin ditambah dengan sesudu besar ubat batuk juga 2biji paracetomol akibat cuaca atau mungkin dosa yang infiniti. Semoga terus diri dalam lingkungan ini. Semoga hayat ini berbekal untuk akhirat yang kekal abadi...

Saturday, December 18, 2010

bila resah itu bertandang

Mungkin saja resah sentiasa mencari ruang untuk bertandang... Menghambur segala rasa sedih. Kerisauan. Entah apa2 yang disimpan dihati. Semua serba tidak kena. Percayelah berdasarkan kajian segala pengalaman yang pernah singgah di jasad ini, keresahan ini sangat pelik.

segala  formula dari tiap pelusuk akal dicuba. Namun masih lagi resah. Kadang kala lagu Bila resah dendangan Anuar Zain memujuk hati. Namun masih lagi resah. Mungkin belum cukup amalan atau penuh hitam pada hati sudah sampai infiniti. Zohor tadi hampir seratus ayat dibaca. Surah yang disabdakan Al-Amin mampu menjamin rezeki. Barangkali bacaan belum cukup baik. Mungkin juga niat terlalu kebendaan. Mulut juga asyik sahaja kumat kamit membaca ayat pedagang ketika terselamat untuk dari ribut taufan yang dahsyat. menurut beberapa riwayat lagi pedagang itu bersedekah 1000 dinar setelah mendapat mimpi dari nabi hidir. Tiba-tiba hati kembali tenang, barangkali Allah telah mengeluarkan dari segala kesulitan..sesungguhnya Allah akan mengeluarkan hambanya dari kesulitan dari jalan yang tidak pernah terlintas di fikiran hambanya..


Friday, December 17, 2010

rumah segala sakit~

Tersebutla alkisah si ibu tua batuk2 yg amat...
maka bertandangla ke sebuah rumah yg sakit milik penguasa sebuah firma janji manis madu belaka. 
diberi 4 botol untuk diisi kahak saat subuh sebelum fajar sebelum bersugi.
mungkin diminum kahak itu bakal menjadi badang aq kira..haha
langsung dihantar la bagai selama 4 hari lalu bertemu 'bomoh'.

bomoh- Mak cik nie xde tibi la..ok..
makcik tua- ok..tu la tok moh da lame batuk nie..
bomoh- di tok moh bagi ubat power punye. Tapi hanya Al- Malik yang mengubati sakit makcik nie..minggu depan makcik pergi amek ujian kertas biru kat kaunter uji menguji makcik jenab...ok jumaat la..

tersebutla alkisah da seminggu pon...

di depan uji menguji makcik jenab~
Anak makcik- Mc (makcik) da siap ke ujian kahak botol tu..ke da minum buat ubat kuat...( haha )
makcik jenab- eh belum la...kahak yang tu da dihantar ke makmal bapak jin yang canggih..minggu depan la siap gamaknye. Nanti tepon la nombor ni tanye dulu sebelum dtg...07....

taksampai setengah jam..(rekod rumah sakit dalam peringkat daerah) balik~

hari rabu sebelum jumaat dengan kredtnye yang ciput menelefon la ke rumah segala sakit...oh da siap..!!!

dengan segala persiapan pagi la buta berangkat la ke rumah segala sakit

didepan uji menguji makcik jenab. kelihatan makcik joyah dan makcik enon kat situ.

agak lame jugak la menunggu ibarat mencangkung da bley flash kat tempat 20sen...

anak makcik- ade ke makcik enon..?
makcik enon- xde la dik..xhtr kew?
anak makcik- eh.eh tanye la pulak..hantar le..saye siap call rabu lepas. Cakap da siap.

makcik joyah- mase tu hantar berape botol?
anak makcik- 4..( ringkas )
makcik joyah- oh da siap la tue..3 jew..xde empat..mmg xde pon..
anak makcik- saye call ckp da siap..dua minggu lepas suh datang..minggu lepas ckp xsiap..
makcik joyah- da bagi doktor rasenye...pegi la mane2 bilik..

tersebut jugak la alkisah kad tertinggal kat rumah..menuggu anak makcik yang sulong amek bagai masak sup tulang lebur tulangnye..

terus ke bilik nombor 6 berjumpa tok moh yang bukan calang2 orangnya...

tok moh- mane keputusannye makcik..
makcik - bla9999..
tok moh mengarahkan pembantunye mengadap ke bawah duli makcik joyah bertanye tentang keputusan...
dipendekkan cerita..takde!!!
tokmoh - xpe la makcik..batuk da baikkan..entahla mane keputusannya. diberitahu xsampai2..mungkin burung merpati tersalah hantar...

Thursday, December 16, 2010

sejarah menyakitkan woo~~

betol kew ???
Sejarah mungkin berulang,
walau engkau ku maafkan oh kekasih,
Namun mungkin hanya sementara keikhlasan di hati mu...

haa..tu lagi New boyz cite tentang sejarah. Sakitkan... Tapi orang kate ade jew ' sweet memory'. Kalau korang rase sedih mengenangkan kisah lame tu..buat2 je tak kisah...bak orang kate 'Ape aq kesah'...haha

So, to avoid all of this, waa speaking. Baik korang fikirkan bende yang lagi penting. Contohnya, care untuk menguruskan badan ke~ Tak pun siapkan sebuah novel cinta..waaa~ masyuk woo law laku laaa jual.. xpon fikir camne nak makin kacak bergya ( mcm aq)..xpon eemmm fikir mcm mane nak menjana pendapatan..harga barang makin naek woo~ korang buat blog ke..me game kat fb kew...tlg mak masak kew...untung pandai la masak..try resepi2 baru...beribadat kew ( terase aq), pape pon buat yg terbaek la...k...

Monday, December 13, 2010

Cekek darah wooo~~

Pak cik, Taman Perling berapa???
Dua puluh dik..." ( Mahalnye...)
Nak x ? 
xbley kurang kew?
xbley la dik...
Emm...bley r cik...( terpakse daa~~)

Meter nie memang start Rm 5 kew???
xla..xgne pown. x boleh cari mkn dik gne meter...nak bayar sewa teksi sehari RM 45...
Teksi sekarang memang mahal kan??? ( Soalan panas )
Bese la dik..memang ramai owg ckp...ade yg ckp lgr peraturan kerajaan la..die cite la die keje kerajaan..pakcik mintak kan..xpakse ko naik..terpulang..aq nak tye ko die org lagi banyak langgar peraturan. Makan duit haram..mengular.. (haha)
BtOl gak..( senyum sinis)
Dik dkt setengah jam baru dapat sorang...da berpeluh2 aq...taman perling jalan ape???
Jalan Undan 8...


Tgu teksi di Jalan Undan..depan dewan..lepas 2-3 teksi lalu depan mata tetiba sorang bro teksi benti.
Lima belas dik???
Emm..
Ok2..ikot meter rm13...
Teksi sekarang memang mahalkan. Sewa bape teksi ni bang???
Rm50 
Mahal gak...tak mohon permit ke??? 
da..xdapat lagi. die utamakan pesara tentera..mcm tula..tapi syarikat besar mcm Si A dan B dapat je..bukan satu banyak teksi tu. syarikat Kl...diorang bukan bwk pon..sewakan..untung atas angin..kte nie owg melayu..sewa..keje mcm kuli...~~~

Sunday, November 21, 2010

cukupla sekadar kenal saye...

Sekadar mengenali...tidak menjelekkan. 
Cukuplah sekadar mengenali saye seperti mane kamu kenal saye. Saye percaye apabila anda cuba mengenali seseorang dengan lebih dalam anda akan jumpe perkara yang anda benci. Makanya bila anda terjumpa perkara yang membencikan, mulalah mencanang cerita.


Post ni ditujukan pada siapa? Semua yang membacala kan. Tak kira la. Tapi itu la bila kita tahu satu keburukkan kita akan tak suka. Apabila kita jumpa kelebihan, suka yang amat...haha. Nobody perfect in the world, except the Rasullullah... Terimala seadanya saye nie. Insya'Allah saye boleh menerima kamu seadanya...Chilllllll...hehe

Thursday, September 16, 2010

untuk siapakah hidup ini???

Puas aku teliti setiap bicara di facebook laman sesawang yang lebih hangat dari myspace, friendster dan sekian yang lain..namun hati masih sepi. Aku terfikir akan senyuman yang indah. Luluh hati yang parah. Tangisan yang pasrah. Akal yang buntu. Norma yang hilang. Hati yang kegelapan. Kehidupan tidak selalunya indah. Aku percaya tiap tawa kamu menyimpan seribu kedukaan yang tersembunyi. Wajahmu tidak sekali menipu walaupun kerut-kerut gembira itu hadir namun aku pasti masih penuh kerunsingan. Saat ini baru aku fahami erti kekecewaan, dendam, maruah, akibat, redha dan sebuah mehnah dunia. Semuanya perlukan mahar. Paling tidak jika ingin makan memerlukan mulut untuk mengunyah. Adakah aku sedar atau masih lagi seronok dengan fantasi ini yang sebentar menjadi penghibur diri lalu lari pergi? Sememangnya normaku telah hilang. Teknologi ini menyentapnya !!! Untuk siapakah hidup ku ini??? buat aku, kamu atau...

Friday, July 9, 2010

Israk Mikraj

Peristiwa yang menggugat iman segelintir umat islam pada ketika itu. Mengubat lara Baginda Rasullullah namun mencalar sedikit iman umat islam mekah. Mana mungkin perjalanan panjang itu terjadi pada suatu malam melainkan ia semata-mata mimpi. Tapi kalian perlu ingat bahawa tiada yang mustahil bagi ALLAH. Subhanallah...

Sebelum Israk dan Mikraj


Peristiwa Israk dan Mikraj memang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad saw. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.
Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.


Tahun Dukacita


Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.
Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.
Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.













Saturday, June 26, 2010

Kaedah Solat Sunat Gerhana


Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)
ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)


Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :


Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam

Gerhana Bulan


KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.
Gerhana bulan itu akan bermula 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.
Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di sini hari ini.
Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi.
Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku 1 Januari lalu.
ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. – BERNAMA

Ubat Hati..

Lagu ni memang besh..ade dua versi..
versi jawe ngan melayu..ni yg melayu punye... 
selamat mendengar..!!




LINK
Opick - Obat Hati.mid


Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

Koor :
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
Moga-moga Alloh Taala mencukupi

Friday, June 25, 2010

Mimpi ke tak nie???



Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) is a skilled thief, the absolute best in the dangerous art of extraction: stealing valuable secrets from deep within the subconscious during the dream state when the mind is at its most vulnerable. Cobb’s rare ability has made him a coveted player in this treacherous new world of corporate espionage, but it has also made him an international fugitive and cost him everything he has ever loved. Now Cobb is being offered a chance at redemption. One last job could give him his life back but only if he can accomplish the impossible—inception. Instead of the perfect heist, Cobb and his team of specialists have to pull off the reverse; their task is not to steal an idea but to plant one. If they succeed, it could be the perfect crime.
But no amount of careful planning or expertise can prepare the team for the dangerous enemy that seems to predict their every move. An enemy that only Cobb could have seen coming.
This summer, your mind is the scene of the crime.

Vampire KEmbali!!!






The ever popular Twilight Saga continues with Eclipse on July 8. Here’s a quick plot summary for you;
Bella once again finds herself surrounded by danger as Seattle is ravaged by a string of mysterious killings and a malicious vampire continues her quest for revenge. In the midst of it all, she is forced to choose between her love for Edward and her friendship with Jacob — knowing that her decision has the potential to ignite the struggle between vampire and werewolf. With her graduation quickly approaching, Bella is confronted with the most important decision of her life.







Thursday, June 24, 2010

Jangan Cepat Marah..huhu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalahkecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini,bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memakusebanyak 37 batang paku pada tembok batutersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukulpaku menembusitembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah,walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu,pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut.Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanyadengan bangganya.BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut,tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka,sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau danmembunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesalatas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada.Suka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa danmenggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membukahatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hatimu....

Balasan Meninggalkan Solat,..

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."


  Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"


Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam.


" Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

  Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Monday, June 21, 2010

I'm rejected !!!

Hello Zulhelmi Bin Samsir,

Thank you for your interest in Google AdSense. Unfortunately, after reviewing your application, we're unable to accept you into Google AdSense at this time.

We did not approve your application for the reasons listed below.

Issues:
- Unsupported Language



Ade ke patot die 'reject' aku...hahaha..atas alasan bahasa. Ape die tak tahu ke bahasa Melayu nie pernah jadi ' Lingua Franca' bahasa perdagangan kat Melaka dulu. Yela itu dulu...hurm..maka tidak dapatlah aku nak mendapat sedikit manfaat dari blog nie..abes tu nak suh aku tulis blog dalam English ke??? haha... Susah wooo~


Nie antara bahasa yang die berkenan: 



Google AdSense supports publishers in several different languages. Applications for participation in the program can be for sites with content primarily in:


ArabicFrenchPolish
BulgarianGermanPortuguese
Chinese (simplified)GreekRomanian
Chinese (traditional)HebrewRussian
CroatianHungarianSerbian
CzechItalianSlovak
DanishJapaneseSpanish
DutchKoreanSwedish
EnglishLatvianThai
FinnishLithuanianTurkish
NorwegianUkranian

Sunday, June 20, 2010

suatu perjalanan...

Semalam kata Karam Sigh Walia: Cameron Highland..bla..bla..bla...


Reponden: Saye tgu empat jam nak ke Brincang...


Responde Kedua:: Saye dari Simpang Pulai pagi..petang baru sampai...

Di sebuah rumah: Macam mne nie..sesak..empat jam dari Brinchang ke tanah rata...Kita ikut simpang Pulai kan..macam mane?


respon: Kta bertolak pukul 4 pagi..


audience: haa??



Perjalanan bermula seawal 4 pagi. Kami singgah di sebuah Stesen Petronas untuk solat dan sebagainya. Nampaknya perjalanan sebelum subuh, maka boleh kira musafir. tak wajib solat jumaat ...hahaha



Ketibaan ke sini disambut dengan kesejukkan yang agak mempesonakn la...jam lapan pagi. Bersarapan pagi dengan bayaran rm 25. Semahal harga kat tempat aku belajar. Nama tempat tu dirahsiakan...perjalanan diteruskan ke ladang teh bharat yang cantik. Seterusnya bergambar di tanah rata. Singgah ke Rose Valley. Malam di Cameron sememangnya sejuk. Tapi mulut tak berasap la. malam tersebut kunjungan diteruskan ke Pasar malam yang menjual pelbagai produk Cameron Highland dengan harga yang mahal...hahaha..kadang2 kedai tepi jalan lagi murah...huhu...


Keesokkan harinya kami ke Taman Agro Strawberry yang baru dibuka berdekatan Cactus Valley. Tarikan di sini ialah memetik strawberry dan tomato secara sendiri dan berbayar. RM 40 sekilo...haha..aku tak petik la. Bagi akak aku dengan anak-anak die je..maka dudukla seorang jejaka kesepian. Mengambil gambar dengan lensa 3.2 Mgb Sony...hahaha...duduk melihat mak cik2 dan ank-anaknya...


Tiba2 lirikan mataku tertumpu pda seorang wanita lewat 80 an la... die duduk sebelah aku. Maka aku pon buat2 tak mesra...haha... Dengan sendirinya nenek tue bangon dan duduk disebelah aci. Mereka kelihatan seperti berborak tentang sakit kaki, badan, dan sebagainya..( aku dapat detect dari gerak mulut mereka..haha). Tiba-tiba lagi nenek tu mengeluarkan plastik konyok berisi kotak merah. Aku terkesima...haha..tongkat Ali? Kacip Fatimah? Manjakani? Aku menjadi tak keruan..(padahal tak pon). tiba die mengeluarkan seputung berwarana putih...dibakar..dihisap.. Haaaa...Nenek merokok????? Terkejut yang amat aku.. Rupa-rupanya Promax..rokok yang standard nusantara kot aku kira...ingat die nak promote produk kesihatn kat aci tadi..sangka baik la..rokok tu ade ekstrak kacip fatimah..boleh hidup lame..hahaha

Saturday, June 19, 2010

dulu tak macam tue...

Serius..dulu tak macam nie...
 tapi sekarang..tgkla..sesak..panas..huh.. Dulu aku pergi mulut kuar asap beb sekarang badan berasap...hahaha...entah la..dulu memang sejuk..sekarang denagn banyak ladang baru...tempat nie da jadi panas..malam pon mulut xkuar asap..Aku masih ingat Rose Valley... Cactus Valley..sekarang tempat tu da jauh kedalam..sebabnye..da byk kedai menutup laluan..memang la da maju..sampai dapat capaian HSPDA Maxis dan Celcom...tapi memang da kurang ketenangan..mungkin sebab da ade banyak jalan..dulu nak naik ke cameron kene lalu Lata Iskandar..ingat lagi rombongan sekolah rendah aku dulu..singgh di situ..huhu.. Kemudian rombongan kedua ketika tingkatan dua..masih lagi sejuk..tapi memang sekarang da panas...!!!

dalam riuh sunyi..dalam sunyi riuh

Aku terdengar satu ayat dari seoarng Pak Cik kat Oasis...die nie buta. lebey kurang camni la.. Orang bertanya 


" Pak Cik tak sunyi duduk masjid sorang2".
" Orang yang jiwanya kosong dari mengingati Allah akan berasa sunyi walaupun ramai orang bersamanya. Orang yang jiwanya mengingati Allah akan berasa sentiasa di dampingi walaupun berseorangan."


Tapi memang susahkan nak jadi macam pak cik tu. Buta mata, celik hati. Aku masih lagi mencari-cari jalan pulang untuk ke sana. Tempat Nabi Adam suatu ketika Azazil menjadi ketua para Malaikat. Cemburu dan angkuh yang menjatuhkan Azazil dari taman itu. Mungkinkah ade simpang lagi yang menyesatkan..owh tuhan tunjukkanlah jalan!!!!

Sunday, June 13, 2010

jauh pandang..jauh lagi kamu fikir... Part 2

sambungan citer semalam wei..huhu~ nanti dulu..ok kan warna nie..aku " try to make it bright' sket..baru la ' happening' kan.. sebenarnye tgk blog beberape org nie aku berkenan la plak tgk ' kaler' mcm2 die gune..maka aku pon buat...haha..tiru cara jepun taw nie... sambung la ye..semalam aku depan SOGO kan...setelah merancang akhirnya aku pon meneruskan langkah kembali masok ke dalam SOGO tu...pergh..mmg ramai akak2 dan mak cik2...terus kakiku menaikki tangga yang bergerak sendiri menuju ke Father Day nye tempat..tingkat berape tah..dipendekkan citer aku pon beli lah..suar jean JEEP ...pukul 1230.. aku terus melangkah keluar...ke jalan TAR..macam biase kelibat beberape orang ' brader' sedang sibuk memasang khemah dan kelibat mak cik2 dan akak2 juga sedang sibuk membeli..aku pon try la tgk baju kat situ..pendekkan cite beli la dua helai..harge?? rahsie r..haha....owh kena pegi KLCC nie..janji ngan matno...so aku pon meneruskan langkah menuju ke Monorel Medan tunku..dan tiba2 hujan la pulak...ape cerrr...aku berlari masok ke MJ...haa?? ape tue? tue la MAJU junction MAll..Sepi jek...owh sebelum tue aku lupe..aku duduk dengan PErtama la...menunggu hujan reda...pastu baru la masok MJ...masok tandas jap..seyes kotor..tahap 'bustand' la..haha...lepas tue aku terus la ke monorel Medan Tunku dengan hujan renyai tu..




Sampai je kat MOnorel Bukit Nenas..masih hujan..arghh,,..susah la mcm nie..matno sekarg part time keje parkson..short sem..kalo tempat aku blaja kt KL pon da keje kot...haha...aku pon terus melangkah dalm renyai hujan tersebut..tak tahan..basah karang..maka aku berhenti kat depan Hotel Maya tu..kebetulan ade sorang pakcik nie..duduk..hulur Rokok kat aku..(rokok dalam plastik saki baki yg die kutip)...aku buat xtaw je..tapi memang agak pelik...kesian pon ade...da agak tua jd mcm tue..keje kutip sampah..hisap rokok baki orang..nasib...moga aku xjadi macam tue...hujan renyai td semakin reda..aku terus berjalan..kali ni bertembung dengan pelancong dari cina kot...kebetulan lalu dihadapan Pusat Pelancongan Malaysia memang ramai la..niat aku memang nak tunggu hujan berhenti..tapi tgk Mat salleh buat dek jek jalan aku pon 'join' la..haha....tak tahan..basah nant..aku berhenti di hadapan BSN..kegemaran budak2 kat lipis...tiap awal bulan jek kot..huhu...setelah menempuh hujan renyai yang mencabar aku pon sampai ke SURIA KLCC..memang ramai..dari rombongan budak tadika, rombongan Cik Keah dan rombangan afrika...memang ramai..ape la ade pada KLCC..cantik kot...





Masuk je KLCC aku terus ke tempat bersidai..menunggu jam 2 matno abes keje..haha..nak makan MCd...matno blanje...dari tempat bersidai tu aku nampak la pameran DUNHILL..bukan rokok..tpi perfume da..mmg febret aku perfume jenama nie..tapi fulus tarak..so..tengok je la...


tiba2 matno datang..da kurus...hahaha..dulu gemok...matno blanje mCD..die pon ok..aku ok je la..dapat mkn free..huhu...aku 'order' menu yg free glass World Cup tu taw..da dew dua..satu rumate aku bagi..huhu...lepas makan aku pon..balik semula ke SOGO dan terus ke Sentul pergi rumah kakakku lagi satu~~~xde la jauh sangat..tapi penat la jugak...

jauh pandang..jauh lagi kamu fikir...

keluar jugak!!! hahaha..akhirnya kakiku menjejaki KTM Sg. Buloh entah berape kM je dari rumah kakakku...tren da lepas..jam 1030.. abez la tunggu pukol bape la pulak nie... lepas beli 3 tiket ke bank negara aku menunggu lagi..jam 11.00 pagi tren ke seremban... owh lagi setengah jam...sememangnye aku buat-buat cool..padahal..perghhh setengah jam beb..haha.. maka menunggulah aku melihat kelibat manusia..ade yg pakai baju putih bunga merah-merah macam langsir raya..serius cantik,...mungkin fesyen baru kot...sekarang nie budak2 melayu pon da pandai stylo kan rambut dorang...cemburu( jelez) gak aku tgk... jam 11.00 lbey sket KTM pon sampai...kakakku terus menuju ke koc wanita yang disediakan..bagus jugak..bg wanita yg xsuke nk bergelumang dgn laki2 tu sebaiknya masok koc tue..sekurang-kurang dpt elak 'sardin laki ngan wanita' dalam komuter tu. Korang pon biase tengokkan...SSJ...(sikitsikitje) menyarankan agar kamu yg membaca ni cuba la menaiki koc wanita tu. Lebih selamat. setahu aku belum ade penyeluk saku perempuan kan. Ngan tak ade la lagi laki2 ' pervert ' yang buaya. Kalau da rapat2 tue memang tak tahu la nak cakap. Bahaya woo~...

Sesampai je kakiku di Stesen Bank negara, langkah terus diatur. Kelibat beberapa orang polis mencurigakan. Aku lihat dua tiga orang ' Brader ' kena tahan. Mungkin nak ' check' passport kot..maka aku pon buat muka Semalaysia yang boleh....sebab ade kes aku kena tanye dulu..tak nak la kena label..Cisss..hahaha.. sebenarnye aku penat nie..tadi da taip byk terpadam...huhu...
sambung lagi..aku pon masok la ke SOGO...syurga membeli belah tue..wangi..sejuk..( tempat jual perfume)aku terus melangkah keluar..duduk di tangga betul-betul di hadapan SOGO..di situ kelibat dua tiga orang bergambar..pelik..bukan dengan enset atau Kamera digital tapi dengan kamera tergantung kat leher tue...mcm kamera yang kawan aku beli tue..DSLR kot..sekarang nie memang musim kew??? Aku nak kena beli nie..haha...to be continue..penat...

Tuesday, June 8, 2010

bila sesuatu di'complicated' kan....

kali ini menulis jauh dari sebuah bandar satelit kira saye...daerah shah alam..Subang bestari...
mmg jauh dari pengangkutan awam seperti LRT..bas Rapid dll...susah lah kaki nie nak menapak keluar..huhuu...so terpakse la badan nie berkurung di kediaman hujung bersebelahan kilang ape tah kira2 200 meter la jaraknye... owh..kte sambung cerita... sesuatu perkara tue lau kite fikir dengan complicated memang jadi pening...seyes..sikitsikitje penah rase..padehal bende tu sikit punye hal tapi sikitsikitje punyela fikir..peh pening beb...

tapi kan xsemestinya pening kepala tu xbagos..kadang2 ia menunjukkan kepekaan,persis, atau ketelitian kita dalm sesuatu hal..kira ley jadi ejen CSI la nanti..haa..bagos x?? xpon ley jadi ley editor ke?? macam2 la..so sifat meng'complicated'kan nie memang ade baek dan buruk..semua bergantung pada situasi dan keperluan..Tapi kalo selalu nak complicated..Pengsan beb...hahaha

Monday, May 17, 2010

ruin...

I dont know but i thought it has been ruined. Its all my fault. Once u did u don't have the path to comeback. What u have done? Totally wrong... Hurm..u always have many chances in crowded. But why it happened. Yeah...fate or destiny..but u plan it before rite. Please control ur mind. That is yours, even u borrowed it from Allah but it still inside ur body. Please i beg u...

Wednesday, March 10, 2010

kerana mulut badan binasa atau salah faham???

Kerinduan aku putus! Agak penat aku menaip tiga ke empat baris gajet acer ni tetiba ' restart' ! Marah...namun seketika. Aku sambung kembali. Agak lama jari ini tidak menari di 'keyboard' acer ini. Lega apabila seorang teman memberi pinjam Internet Tanpa Wayar milikya sewaan dari Celcom. Satu-satunya rangkaian 3G di Kuala Lipis. Mulut mampu membinasakan badan ke? Atau salah faham yang membinasakan. Kehidupan dalam komuniti sememangnya mengundang banyak salah faham. Perkara inilah yang bakal mewujudkan komuniti yang pincang. Bersyarah pulak!!! Bukan hanya pendapat sebagai ahli komuniti. Kadang-kadang kawan rapat pun boleh gaduh. Jadi untuk meleraikan segala kekusutan cuba bersangka baik. Mungkin apa-apa yang anda bace atau dengar bukan seperti yang dimaksudkan.

Thursday, February 11, 2010

tolong la jgn sampai bayi nie lahir....

syukur dpt jua saya bermadah setelah sekian lama khali. izinkan saya berpuitis, bermain bahasa dan membuai rasa...

1

kata-kata cinta terucap indah. Seindah kasih yang dititip. Sepasang kekasih haram bermadu kasih disuatu tempat asing. Sungguh sepi hanya seorang teruna kerasukan syaitan dan dara tertunduk bisikan Sang Laknat disaksikan Malaikat pencatat dosa dan tanpa halangan dari pengetahuan Tuhan. Adakah mereka tidak tahu perkara ghaib? Bahawa Allah melihat mereka pada setiap ketika. Malaikat Raqib bersama gandingan pencatat dosa sentiasa membuat catatan?

Aku lihat dia berlari laju, sekencang angin pantai timur ketka pertukaran monsun. Dia mengejar masa. Waktu itu kira 3minit selepas azan Zohor berkumandang. Tiba-tiba dia menuruni bukit justeru menuruni tangga lalu melalui titian bergantung itu. fikiranku nyata songsang. Seingat tadi dia akan ke sini. Menyahut seruan kejayaan. Bukan aku yang garap seruan azan itu. Ini hanyalah dari Allah apabila Bilal bermimpikan tentang seruan ini. Siapa yang dikejarnya? Lebih besar dari Allah?
Aku menyimpan dan bersangka baik. Mungkin dia kelaparan.

Dia dah jauh sangat. Itu jawapanku ketika bergurau dengan seorang teman. Tapi itu terpacul tanpa dirancang. Lalu malam itu terpampang di dinding bukunya. Jangan menilai seseorang melalui luaran. Iman itu hak Allah. Aku terpaku. Memang bukan niatku. Ikhlas aku katakan jika itu rancanganku izinkan aku memohon maaf namun jika itu dari Allah, terimalah.

Takut atau tidak jika segala yang anda fikirkan berlaku pada teman anda berlaku pada anda. Serngkali pertanyaan itu berlegar dalam fikiran ini. Sayangkan orang lain namun lupa akan diri. Seperti yang diceritakan teman-teman dulu sewaktu Iblis menjadi ketua para malaikat dia selalu mendoakan malaikat lain...namun lupa akan diri sendiri. Lalu akhirnya menjadi insan sombong dan jatuh menjadi sehina-hina hamba.

Saturday, January 2, 2010

belalang owh belalang...

Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey

Niat di hati
Nak mengembara
Guru dicari
Ilmu diminta

Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey
Bukannya nujum
Bukan temberang

Budak ni geliga otaknya
Bukan sebarang

Apa nasibnya
Belalang di rantau
Baiklah hendaknya
Janganlah dirisau

Dapatkah ditunjuk
Jalan yang gembira
Nasib yang buruk
Akhirnya bahagia

Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey

Akalnya panjang
Hatinya terang

Belalang oh belalang
Hey hey
Belalang oh belalang

Mengubah nasib
Menjadi senang
Ke mana pergi
Disayang orang