Thursday, September 16, 2010

untuk siapakah hidup ini???

Puas aku teliti setiap bicara di facebook laman sesawang yang lebih hangat dari myspace, friendster dan sekian yang lain..namun hati masih sepi. Aku terfikir akan senyuman yang indah. Luluh hati yang parah. Tangisan yang pasrah. Akal yang buntu. Norma yang hilang. Hati yang kegelapan. Kehidupan tidak selalunya indah. Aku percaya tiap tawa kamu menyimpan seribu kedukaan yang tersembunyi. Wajahmu tidak sekali menipu walaupun kerut-kerut gembira itu hadir namun aku pasti masih penuh kerunsingan. Saat ini baru aku fahami erti kekecewaan, dendam, maruah, akibat, redha dan sebuah mehnah dunia. Semuanya perlukan mahar. Paling tidak jika ingin makan memerlukan mulut untuk mengunyah. Adakah aku sedar atau masih lagi seronok dengan fantasi ini yang sebentar menjadi penghibur diri lalu lari pergi? Sememangnya normaku telah hilang. Teknologi ini menyentapnya !!! Untuk siapakah hidup ku ini??? buat aku, kamu atau...

1 comment:

f.f said...

hidup utk aku(diri sendiri)
hidup utk dia (family dan sume yg kita sayangi)
hidup utk kamu(masysarakat,kawan2 ker)

yehaaaa aku.dia.kamu! haha

yg penting hidup dan mati semata-mata kerana Allah la sahabat! ;)