Mungkin saja resah sentiasa mencari ruang untuk bertandang... Menghambur segala rasa sedih. Kerisauan. Entah apa2 yang disimpan dihati. Semua serba tidak kena. Percayelah berdasarkan kajian segala pengalaman yang pernah singgah di jasad ini, keresahan ini sangat pelik.
segala formula dari tiap pelusuk akal dicuba. Namun masih lagi resah. Kadang kala lagu Bila resah dendangan Anuar Zain memujuk hati. Namun masih lagi resah. Mungkin belum cukup amalan atau penuh hitam pada hati sudah sampai infiniti. Zohor tadi hampir seratus ayat dibaca. Surah yang disabdakan Al-Amin mampu menjamin rezeki. Barangkali bacaan belum cukup baik. Mungkin juga niat terlalu kebendaan. Mulut juga asyik sahaja kumat kamit membaca ayat pedagang ketika terselamat untuk dari ribut taufan yang dahsyat. menurut beberapa riwayat lagi pedagang itu bersedekah 1000 dinar setelah mendapat mimpi dari nabi hidir. Tiba-tiba hati kembali tenang, barangkali Allah telah mengeluarkan dari segala kesulitan..sesungguhnya Allah akan mengeluarkan hambanya dari kesulitan dari jalan yang tidak pernah terlintas di fikiran hambanya..
No comments:
Post a Comment