Malam ini sebelum terlena jasad ini ingin sekali menzahirkan syukur pada Mu kerana masih memberi ruang. semoga hati semakin tenang. Semoga segala cita yang pernah dimimpi menjadi realiti.
Meski hati asyik leka dengan keresahan, namun akal semakin waras menilai kaca dan permata. Berkat usia yang makin lanjut menambah ruang sudut pandang. Memberi positif tiap yang negatif. Mungkin lena menemani malam yang dingin ditambah dengan sesudu besar ubat batuk juga 2biji paracetomol akibat cuaca atau mungkin dosa yang infiniti. Semoga terus diri dalam lingkungan ini. Semoga hayat ini berbekal untuk akhirat yang kekal abadi...
No comments:
Post a Comment