Saturday, June 26, 2010

Gerhana Bulan


KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.
Gerhana bulan itu akan bermula 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.
Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di sini hari ini.
Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi.
Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku 1 Januari lalu.
ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. – BERNAMA

No comments: