Wednesday, June 15, 2011

Pokok - Meet Uncle Hussain lirik

lagu nie syes beshh..huhu

Lirik Pokok – Meet Uncle Hussain


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


Saturday, March 19, 2011

Pikom Pc fair 2011

Antara Acara Kalendar 2011 yang korang semua nantikan..yeah!!!

DATES, LOCATIONS & LAYOUT PLANS
 25-27 February 2011
Melaka International Trade Centre (MITC), MELAKA


4-6 March 2011
Level 1, Persada Johor International Convention Centre, JOHOR BAHRU

Exhibition Hall 1, Sultan Ahmad Shah (SAS) Convention Centre, The Zenith Hotel, KUANTAN

Dewan Jubli Intan, MUAR


 10-12 March 2011
Kompleks Balai Islam, KOTA BHARU

Terengganu Trade Centre, KUALA TERENGGANU


 11-13 March 2011
LG Carpark Exhibition Hall, 1Borneo, KOTA KINABALU

Dewan Tunku, KOMTAR, PENANG


 15-17 April 2011
KL Convention Centre, KUALA LUMPUR
[
Conference Hall 1-3] [Banquet Hall] [Ballroom][Exhibition Hall1 & 2] [Exhibition Hall 3] [Exhibition Hall 4 & 5]
Batu Pahat Mall, BATU PAHAT

Village Mall, SUNGAI PETANI

Permata Car Park, KUCHING

Dewan Masyarakat, TAWAU


 22-24 April 2011
Dewan Masyarakt, SANDAKAN

Miri Indoor Stadium, MIRI

Sibu Trade & Exhibition Centre, SIBU

Dewan Merdeka, SERI MANJUNG


 6-8 May 2011
Penang International Sports Arena (PISA), PENANG


 19-21 May 2011
Kelantan Trade Centre, KOTA BHARU


 20-22 May 2011
Stadium Indera Mulia, IPOH



 

Thursday, March 17, 2011

Gardenia Oh Gardenia...




Alkisah..roti gardenia ni. Seumur hidup aku yang 22 tahun nie. Alamak..da tua..hahaha.. Aku ada terbace kat blog cakap syarikat ni milik konglemerat Syed Mokhtar Al-Bukhari. Yeke??? Ingat aku makan roti cina buat. Yela kalau tengok bakery dan kek yang sedap semuanya milik cina kan... Serius aku tak caye.. So macam buat esaimen aku buat la researh. Akhirnya aku pon bentangkanlah kasil kajian nie.. Khas untuk korang.

Sebelum ini, Kerajaan pernah melakukan kesilapan dengan menjual saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) kepada syarikat Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak)  yang berpangkalan di Hong Kong. Namun, Bernas merupakan syarikat yang strategik dan melibatkan soal keselamatan (makanan), akhirnya kerajaan akur untuk membeli kembali 32 peratus saham yang dijual kepada Wang Tak.

Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli ke semua saham milikan Wan Tak. Dan jumlah itu jika dicampur dengan 55 peratus lagi saham milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, telah menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus. Akhirnya aset milik negara kini menjadi milik individu.



Untuk pengetahuan korang, Bernas telah membeli sebahagian besar saham milik Gardenia Kl... :-)    so???

Wednesday, March 16, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

I have great pleasure to inform you that the National Book Council of Malaysia and the Malaysian Book Industry Council will again organise the Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) in 2011. The 30th edition ok KLIBF will be held at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur from Friday, 22nd April 2011 until Sunday, 1st May 2011.

I am also glad to inform you that due to an overwhelming response that we received from our international visitors and exhibitors during KLIBF 2010, we will organise a bigger trade exhibition for the year 2011. It will be held from Friday, 22nd April 2011 until Sunday, 1st May 2011 at Tun Razak Hall 2, PWTC.



- KLIBF website

Monday, March 14, 2011

Cerpen baru aku..hahaha

Musim Ini Bukan Musim Takwa

Pagi ini aku menilik seketika tempahan bilik syurga yang bakal aku huni selama-lamanya. Tentu banyak lagi kosong. Jadi tak perlu berebut-berebut seperti berebut tempahan hotel di kala cuti sekolah kunjung tiba. Umur pun masih muda. Belum puas meneroka dunia. Belum faham erti takwa. Selama ini aku hanya pegang pada yakin semata-mata. Takwa  dipegang apabila  perlu. Ketika solat atau bertazkirah. Tatkala maksiat melinggari akal, mata, hati dan jasad takwa dibuang. Tidak logik jika aku bertakwa di kala maksiat singgah pada musim iman ini. Persoalan ini aku tinggal sebentar. Jika dikupas lagi tentu ada yang buang jauh lembaran ini takut takwa hadir dalam diri dan memaksa diri melutut di tikar sejadah. Aku bukan pemusnah musim iman.
“ Aiman Hakimi !”
“ Saya Cikgu.” Aku menjawab panggilan Cikgu Zulhelmi. 

Sambungan...

Monday, February 28, 2011

Aq mampu menilik tiap gerakmu jika aku mahu..

Percayalah aku mampu menilik tiap gerakmu jika aku mahu!!!
Ramai orang kata mentahmu membuatkan kamu leka dalam duniamu yang indah itu, Dunia Magika.
Sementara ada juga yang menambah songkokmu itu yang menjerumuskan kamu ke dalam fantasi romantika yang pasti tidak elok buatmu juga buatku. Tambah mereka biarlah meneroka segala maksiat ketika alam persekolah atau terdedah kepadanya. Nanti bila sampai mase kamu sudah biase dan tidak tergila-gila mengejar indah filem korea itu.
 
Adakah salah untuk aku atau kamu menjadi Muslim? 
Adakah salah untuk kamu dan aku mengejar syurga Illahi?
Adakah kamu selesa dan terus lemas dalam dunia yang kamu cipta itu?

Buatmu teman, aku doakan bahagia selama seratus tahun di dunia ini.
Dan aku juga berdoa agar kamu bahagia dan terus bahagia selama-lamanya di Syuga nanti..
Maafkan jika lenggokku dalam tulisan ini memeritkan. Maafkan juga jika ku tersilap pandang. Maafkan jika ku tersilap baca. Maafkan jika aku tersilap meneka. Aku harap kamu bakal menemui jalanmu~ Jalan yang kamu lalui ketika umurmu 4380hari...ketika subuh kamu di tikar sejadah, bukan di tilam empuk. Ketika zohormu di permaidani masjid bukan di meja makan ketika lenamu memimpikan syurga Illahi yang terbentang luas dan serba indah itu...

Thursday, February 10, 2011

Tersentuh hati...

Hati ini bagai disentuh lembut kata-katamu Sang Bicara. Siapa tak cinta? Siapa tak pernah ingat pada jasad yang pernah membawa khabar gembira pada jagat raya ini?


Setiap kali namamu disebut hati ini bagai dirundung kesedihan. Lebih-lebih lagi Sang Bicara asyik saja berbicara tentang petikan kedua syahadah yang bermakna " Dan aku bersaksi nabi Muhammad pesuruh Allah". Aku ingin saja bertemumu dan berbicara kisar cerita peribadiku sama ada yang jelik atau yang cerdik. Meminta nasihatmu agar aku mampu hinggap di Al-Firdausi suatu hari nanti. Wahai kekasih Allah ajarkan aku kasih agar aku bisa menerima secebis cinta Illahi...

Tuesday, February 1, 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasasKedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

Pengarah :Yusry Abd Halim
Syarikat Penerbit :KRU Studios Sdn. Bhd.
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Sejarah, Aksi, Peperangan
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :10 Mac 2011
Durasi :110 min
Audio :Dolby
Format :35mm
.

Sunday, January 30, 2011

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang

Akhirnya, seperti semua maklum. johor merupakan negeri lahirnya pengasas Umno, Dato' Onn Jaafar telah mengekalkan reputasinya dengan tenang. Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon Pas, Normala Sudirman. 
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya. 

Pilihan Raya Tenang: bergelora

Hujan memanjang di kluang dan beberapa kawasan yang tenang termasuk Dun Tenang di Labis Johor menimbulkan kerisauan. 
Masakan tidak hari ni pilihan raya kecil dun tenang sedang berlangsung...
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=560489

Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat

untuk sesiapa yang menghantar anak, abang, atau sedara mara ke Mesir usah risau. Rakyat Malaysia di sana selamat. Tak percayakah??? Bace ni...

Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Guru lepasan IPGM ade tempat

Menurut berita ni graduan IPGM da diiktiraf MQA dan sudah dapat penempatan mereka..sila kik link untuk membaca seterusnnya...

Friday, January 28, 2011

Pilihan Raya Tenang

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor, akan membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya kecil kawasan itu, Ahad ini. 

Perdana Menteri berkata, pengundi di kawasan berkenaan sudah tentu dapat
menilai calon sesuai yang akan dipilih menjadi wakil rakyat mereka. "Saya yakin mereka faham akan pilihan mereka dan sudah dapat membuat kesimpulan.

"Mereka dah tengok kedua-dua pihak (calon) dan saya yakin mereka akan 
membuat pilihan yang bijak," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini 
hari ini. 

Pilihan raya itu membabitkan calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, 39, 
dan calon PAS, Normala Sudirman, 38. 

Ia diadakan selepas penyandang kerusi itu, Datuk Sulaiman Taha daripada BN, 
meninggal dunia pada 17 Disember lalu. 

Najib juga berharap pengundi di kawasan Tenang dapat memikirkan masa depan mereka dan mengambil peluang daripada pilihan raya kecil itu bagi memilih 
wakil rakyat yang sesuai. 

"Ini pilihan raya kecil bukan pilihan raya umum. Jadi, yang penting sekali 
ialah untuk mereka memilih seorang wakil rakyat yang boleh membuat sesuatu atau 
memberi kelebihan kepada mereka. 

"Itu yang paling utama dalam soal pilihan raya kecil," katanya. - BERNAMA 

Sunday, January 9, 2011

Sedikit Langkah Qarun pada Jalanmu~

Ni harta Qarun!!!



"Kemudian Nabi Musa as. berdoa kepada Allah sambil memukulkan tongkatnya ke atas tanah, ia berkata: “Dengan Nama Allah, hai bumi telanlah Qarun dan pengikutnya serta semua harta bendanya.”
    Apa yang terjadi, tiba-tiba tanah itu terbelah, Qarun dan para pengikutnya berserta semua harta bendanya terbenam ke dalam bumi. Saat itu tidaklah ada yang memberikan pertolongan baik dari para pembantu dan harta kekayaannya dan tidak seorang dari manapun yang ingin memberikan pertolongan. Demikianlah azab Allah terhadap mereka." ( petikan sebuah cerita)


Siapakah umat dunia yang sanggup bergelar Qarun hingga ditelan bumi bersama harta dan keegoaanya?


Hanya dirimu, malaikat, syaitan dan Allah yang nampak kekusutan hatimu. Namun hanya Allah yang mengetahui segalanya. Manakan tidak dilimpahkan rezeki yang tidak terduga jika Allah tidak tahu usaha serta doamu yang menggunung tinggi?


Dan setelah sedikit nikmat dicurahkan, hatimu mulai leka. Semakin longgar dan sukar untukmu bersyukur. Kakimu mula longlai pada jalan-Nya lalu sedikit langkah Qarun wujud pada jalanmu. Sudah ku katakan tadi hanya dirimu, malaikat, syaitan dan Allah yang tahu akan dirimu. Justeru kamu pemutus. Kembali atau tunggu ditelan bumi!!!