Monday, February 28, 2011

Aq mampu menilik tiap gerakmu jika aku mahu..

Percayalah aku mampu menilik tiap gerakmu jika aku mahu!!!
Ramai orang kata mentahmu membuatkan kamu leka dalam duniamu yang indah itu, Dunia Magika.
Sementara ada juga yang menambah songkokmu itu yang menjerumuskan kamu ke dalam fantasi romantika yang pasti tidak elok buatmu juga buatku. Tambah mereka biarlah meneroka segala maksiat ketika alam persekolah atau terdedah kepadanya. Nanti bila sampai mase kamu sudah biase dan tidak tergila-gila mengejar indah filem korea itu.
 
Adakah salah untuk aku atau kamu menjadi Muslim? 
Adakah salah untuk kamu dan aku mengejar syurga Illahi?
Adakah kamu selesa dan terus lemas dalam dunia yang kamu cipta itu?

Buatmu teman, aku doakan bahagia selama seratus tahun di dunia ini.
Dan aku juga berdoa agar kamu bahagia dan terus bahagia selama-lamanya di Syuga nanti..
Maafkan jika lenggokku dalam tulisan ini memeritkan. Maafkan juga jika ku tersilap pandang. Maafkan jika ku tersilap baca. Maafkan jika aku tersilap meneka. Aku harap kamu bakal menemui jalanmu~ Jalan yang kamu lalui ketika umurmu 4380hari...ketika subuh kamu di tikar sejadah, bukan di tilam empuk. Ketika zohormu di permaidani masjid bukan di meja makan ketika lenamu memimpikan syurga Illahi yang terbentang luas dan serba indah itu...

No comments: