Hari ini jasad mengadu kepadaku. Lelah. Letih dan penat. Asyik mengantuk. Aku semakin risau. Jasad jarang merungut. Kerap kali aku menggunakannya. Dia hanya menurut. Namun kali ini rungutannya membawa suatu kepelikan yang dasyat dalam fikiranku. Jasad yang selama ini diam mula mencari hak. Bukankah aku raja? Kamu nafsu, hati dan jasad merupakan rakyat dalam jiwa ini. Tidak layak kamu membantah! Justeru aku menulis kertas kerja. Persidangan sekalian jiwa. Meminta wakil-wakil dari setiap jiwa bertandang. Aku inginkan jawapan. Wakil jiwa kosong, jiwa penuh, jiwa separuh, jiwa jiwang, jiwa muzik dan segala jiwa yang ada. Jumaat malam bulan terang, bintang buruj kala jengking dan angin sepoi-sepoi bahasa. Datang dengan fail-fail penuh data yang pelbagai. Aku inginkan satu resolusi baru. Resolusi jiwa!
" Malam ini seperti yang dijanjikan. Kita bertemu untuk menentukan hak muktamad jiwa sebagai raja yang agung. Ada sesiapa yang membantah?" Soalku.
" Aku membantah wahai pemilik jiwa kacau." Jiwa Penuh menyahut.
" Kau tak layak membantah. Suaramu tidak layak berkumandang di sini." Aku ketawa kecil.
" Eh, tidak adillah wahai jiwa kacau! Semua ada hak masing-masing." Jawab jiwa separuh.
" Kamu pula hipokrit! Kadang-kadang penuh. Kadang kosong."
" Kenapa mahu bertelagah. Kita mesti menikmati hidup. Mari kita bernyanyi. Berhibur." Jiwa muzik berkata.
" Baik kita bercinta. Berkasih-kasihan. Kita remaja. Perlu dicintai dan mencintai." sambut Jiwa jiwang.
" Tidak ingatkah kamu pada janji tuhan?" Tiba-tiba Jiwa tenang menerjah dalam pertelingkahan tiap jiwa itu.
2 comments:
just try to comment...
second time trying...
Post a Comment