Sedang aku merehatkan badan ini, hati bertandang. Rupa-rupanya sudah lama hati mengintaiku. Melihat tiap langkahku, mendengar butir bicaraku dan meneliti diriku.
" Assalamualaikum."
" Waalaikumsalam. Hati! Sudah lama kau hilang?"
" Aku sentiasa ada di sini. Bersama kamu. Barangkali kau leka melayan nafsu hingga kau melupaiku."
" Demi tuhan. Aku mencarimu. Adakah kau mampu membantuku?"
" Bantu? Aku makhluk tuhan. Justeru kau mohon padaNya. Aku hanya menjalankan tugasku. Berdoalah."
Aku bingkas bangun. Hati melawat dalam tidurku. Tentu ada sesuatu yang hati inginkan.
Jam kayu di dinding berbunyi. Dari detik jam sebanyak lima kali itu memberikan tahu waktu. jam 5. Entah mengapa kelopak mata ini terasa ringan. Tangisku mengikis kelopak mataku? Mustahil!
Seusai solat 2 rakaat aku mencapai tuala. Mandi. Hajatku ingin berjemaah di masjid kerana sabda nabi Muhammad S.A.W : “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
" Ya, ALLAh bimbinglah daku. Ya, Rasullullah syafaatkanku"
No comments:
Post a Comment