Kamu memang bodoh lagi dungu. Aku memandang cermin. Melihat sekali lagi. Jelas dia adalah aku. Cermin itu aku. Maksudnya? Aku lah yang bodoh lagi dungu itu. Mungkin. Aku memang begitu. Dalam situasi yang tidak menentu ini masih lagi masih lagi melanggar larangan tuhan. Aku seperti sahaja mencabar tuhan agar diberikan hukuman yang Maha dahsyat. Sedangkan hukuman yang kecil ini pun tidak mampu aku tanggung.
" Ya tuhanku, dengarkanlah rayuanku sekali lagi. Kali ini aku merayu lagi. Agar diberikan peluang."
" Tuhan itu maha pengampun." Bayang tetiba muncul.
" Kamu muncul lagi Bayang?"
" Aku sentiasa bersamamu."
" Lalu kenapa kamu tidak menghalangku? Aku sudah melanggar larangan!"
" Tidak semudah itu. Kamu dinaungi nafsu. Hatimu terpenjara."
" Ah, alasanmu! Kamu langsung tidak membisik kepadaku. Aku benar lupa. Tuhan melihatku." Aku mula menitiskan air mata. sedih.
" Maaf wahai pemilik hati. Sudah berapa kali kamu diingatkan. Janganlah hati. Namun kamu bersubahat dengan nafsu sehingga hati terpenjara."
" Ini semua rancangan syaitan. Aku tertipu!"
" Ini semua dugaan bagi kamu. Menguji imanmu."
" Tapi aku gagal. Sia-sia semua amalanku."
" Jangan begitu, aku sebagai bayangmu akan sentiasa berdamping denganmu. Semoga tuhan mengampunimu."
Air mata ini sudah mula mengering. Hati juga begitu. Mulai tawar. Kehidupan yang tiada manis, ibarat kopi tanpa gula. Pahit!
No comments:
Post a Comment