Puas aku berselindung. Namun tuhan masih melihatku. Aku cuba keluar dari riuh ramai. Mencari kesunyian. Tahukah kamu? Tuhan melihatku. Nafsuku tidak mudah tewas. Masih gagah memikul harapan. Mampukah iman setipis membran ini menjadi tembok penghalang nafsu yang degil itu. Banyak kali aku cuba berbincang dengan nafsu.
" Nafsu, tolong jangan begini. Kau melihat tuhan?"
" Kau bertanya soalan bodoh. Sebodoh gayamu, sebodoh pertuturanmu, sebodoh parasmu dan segala kebodohan yang kau ada. Mataku ini tidak mampu melihat tuhan."
" Justeru kamu tahukah tempat yang tiada tuhan melihatmu?" Soalan yang membuat nafsu terdiam seperti mencari hujah.
" Pergilah ke tempat para syaitan dan iblis. Itulah yang paling baik." Senyum sinis.
" Adakah fikirmu iblis itu tuhan kedua?" Kataku kasar.
" Kamu sendiri seperti syaitan." Nafsu mentertawakanku.
" Cabul sungguh mulutmu. Sudahlah hanyir!"
" Marah itu api. Syaitan itu api. Kamu marah? Jadi kamu syaitan." Ketawa lagi.
" Aku berlindung dari syaitan yang direjam." Sambil beristigfar panjang.
" Kenapa kamu sering menyalahkanku. Sedang aku selalu membantumu."
" Ah, kau seperti memuja kehinaanmu!"
" Penat aku membayar syaitan membantumu. Ini balasanmu?" Rungut nafsu.
" Syaitan tidak pernah bergaji! Malah kerja lebih masa yang dibuat itu semua kerana dendam. Kerana janji. Melihat anak adam jauh dari tuhan. Kenapa kau mengaku sebagai pembayar gaji?"
" Aku memuaskan hati syaitan. Lalu syaitan memuaskanku. Lalu aku memuaskanmu." Terang nafsu.
Perbualan kami terhenti. Sejak itu aku jarang bertegur dengan nafsu. Mengaku sebagai pembantuku. Tapi bersubahat dengan syaitan menghancurkanku. Nafsu kau penghianat!
-p/s- bersambung...
No comments:
Post a Comment