2 ogos 2009.
di akhir hayatku...
hari ini mungkin yang terakhir. Aku ingin meluahkan. Yang pertama seribu kemaafan aku pohon dari ALLAH kerana hayat ini tidak mampu aku isikan dengan amalan. Kedua buat Rasullullah kerana dalam hidupku ini jarang sekali aku mengingatimu. mengikut sunnahmu. Merinduimu...wahai Rasullullah aku ingin sekali hidup sezaman denganmu. Meluahkan segalanya padamu. Namun hayatku pada zaman ini. Zaman yang sukar. Ketiga buat ibu bapaku. Aku merinduimu. Namun segan untuk bertanya khabar dan berita. Namun aku selalu mendoakanmu. Keempat buat rakan-rakan yang sentiasa berada disampingku. Terima kasih kerana masih disisi ini. Buat semua aku ingin memohon maaf andai tersilap kata, terlepas bicara ,terlanjur perbuatan. Aku mohon agar kalian memaafkanku. Buat mak dan abah anakmu memohon agar sentiasa diberkati dalam setiap perkara yang dilakukan. Doakan jalan ke syurga. jika aku berhutang aku sudah berwasiat. Buat yang menghutang berilah wang tersebut ke tabung-tabung anak yatim buat bekalan di akhirat kelak.
Pesananku, jangan tinggalkan solat kerana solat tiang agama. Jangan hampiri zina. jangan lupakan ibu bapa. Hormati orang tua. Sayangi rakan. Hargai setiap hayat yang ada. jangan syirik kepada ALLAH. Mohon ampun atas semua kesalahan. Ingatblah syaitan tidak akan menghasut kamu untuk melakukan dosa besar. Syaitan akan bermula dengan perkara yang kecil. Jadi berwaspadalah pada perkara yang kita anggap remeh. semoga yang membaca ini dapat menyampaikan pada yang tidak membaca. Assalamualaikum...salam seorang pejuang....
No comments:
Post a Comment