Friday, August 7, 2009

Azlina Jelani ( Ziarah keluarga)

Assalamu'alaikum,

Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni
langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah
murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat
Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab
apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ.

Bapanya yang berasal dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia.
Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2
dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my
ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik
lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang
sensasi tu adalah anak jirannya.

Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya
rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama
sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya
memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di
penghujung usia.

Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang
beragama, Mak som bertudung sempurna. Nampak sejadah tergantung
di dua tempat berasingan, ayat2 al quran dan gambar besar kaabah
terbentang di ruang tamu, (semua ni circumstancial evidence for my
conclusion)

Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain,
pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ)
balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah
ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna.

Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong
mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut.
Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan
tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina.
Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun
terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabila
kereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnson
inilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson
ni ada makna!

Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul
minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia.
Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya
orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau. Apabila diconfranted
beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih
berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family
but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak
muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom
untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak
kacau orang".

Kata kakanya, Azlina ni very vocal, firm, English speaking dan agak
dominant dalam keluarganya. She's now 42, according to the family
dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this
case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata dah kahwin di
church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad.

Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat
berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya
dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa
individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk
membantunya tapi tak berjaya even untuk berkomunikasi pun dengan si
Lin tu.

ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis
Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang
kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lin dikembali
kepangkuan keluarganya dan agamanya.

Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif
kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali
ke jalan Allah.

Wassalam.

- PETIKAN DARI SEBUAH LAMAN WEB-

No comments: