Kerja aku memang suka menegur. Maklumlah, ade lebih sikit pengalaman. kalau boleh nak orang lain dapat hidup dengan sempurna. Tapi malam tadi aku terkesima not takasima! Kalau takasima boleh jugak la jadi sihat. Ini terkesima, lemah semangat aku. Aku cuba menegur la...emm pasal ade lah. Tiba-tiba die cakap " Macam ko perfect sangat." Lebih kurang macam tu lah. Aku kan terkesima mana nak dengar sangat. Rasa macam tak semangat la nak menegur. Aku tegur pun sebab orang selalu kata umat nabi Muhammad ni 'special' dapat amar makruf nahi munkar. Tapi mungkin selalu sangat aku menegur sampai orang pun naik jelik kot.
Mintak maaplah kepada kawan-kawan yang terasa. Aku pun terasa gak. Ingat nak sangat ke aku tegur orang. Nanti jadi orang yang dibenci. Tapi tak elok lah nak benci sebab orang tegur kita. Nanti jadi macam abu lahab pulak benci nabi kerana membawa kebenaran. tapi kalau nak benci sebab keburukan aku tu bolehlah. Aku yang 'tak perfect' ni sedia menerima teguran. Nak tegur 'personally', depan-depan, kat blog ke? Terpulang. Harap bila korang tegur aku korang tak akan takasima lah...eh2 terkesima.
No comments:
Post a Comment