Friday, December 31, 2010

zinger burger baru

Nak ayam sekali ke burger jew???
Hmm..yang zinger burger baru tu je..
ye la nak ayam sekali x??
law nak ayam sekali aq akan order xmeal la akak oi...( dlm hati)..xde ayam...

sape kate law da sehat bley mkn ape jew...penangan mountain dew, cheesy wedges dan zinger burger cukup menusuk ke tekak..fuh..dingin..

Sungguh KFC yang duduknya sedikit jauh dari stadium Shah Alam tu saksinya! Perjalanan ke Seksyen berselirat dengan bil yang xsudah kisahnya membawa proton Wira kelabu singgah di sini seusai kedai biru itu menawarkan laporan semula. Manakan tidak sudah dua tahun! Haa dua tahun! Terkejutkan. Dari Menara Atlan yang dulunya disebut menara Naluri bersebelahan tokong cina berhadapan Jalan Ampang sikit sasar dari perjalanan ke KLCC merupakan tempat singgah laporan pertama. Namun masih kosong. Rumah masih lagi menerima surat ugutan syarikat guaman upahan yang meminta-minta tanpa usul periksa. Surat merah itu jika disimpan cukup untuk menyarungkan semula pokok yang ditebang. Kunjungan kedua bersama seorang teman ke Taman Maju Batu Pahat berdekatan Carefour dan sebuah restoren Mc Donald sedikit mengubat. Janji lagi untuk laporan kedua. Namun peguam seperti tidak serik menghantar surat demi surat ke teratak dua puluh tahun itu. Kunjungan kedua Ke Kedai biru di Jalan Ampang  di harap membawa harapan. Semua tahu penjaga kaunter seperti biasa akan berlakon terkejut kemudian...Janji!!! Panggilan pula menyusul. Suara yang tidak lunak ditambah dengan nada sekata menyesakkan fikiran. Bayar!!! Kunjungan seterusnya ke Taman Maju, BP. Kali ini seperti tidak bersalah menyatakan bahawa surat-surat terdahulu tersalah isi. Mana mungkin 3 kali salah! Janji keempat diharap membuahkan hasil. Dua minggu lalu kisah bermula. Panggilan dari syarikat guaman.

Hello boleh cakap dengan mrXXXX
ye saya cakap..
Encik x bayar.....
Saya daftar ape tu dengan syarikat biru?
Entahla encik sama ada broadband atau talian.
Memang la. Memang tu pon produk die.
Saya memang tak diberitahu.
Lain kali nak mintak hutang kena la tahu.
Encik nak bayar???
Entah.....
Dengan sinis, terima kasih banyak la encik.

Zinger burger ini bukan kesudahannya. Laporan polis, salinan surat beranak, bil utiliti dan surat sumpah mengisi ruang fikiran. Satu lagi janji akan ditabur...

2 comments:

Faris Kokoro said...

seriusly skali bce mmg ak xphm ape yg ko cube smpaikan ni.maaf XD

terbaru:fasal bola|terima kasih Harimau Malaya!

helmiwafie said...

faris ni artikel sastera sket..haha..mmg kenal berselirat bace...bace la pelan2...hahaha