Friday, October 30, 2009

macam mane nak komen di blog ni??

Ramai yang bertanye di YM dan kampus juga di ruang komentar, bagaimana nak komen blog?
begini...
1) pilih leave a comment
2) pilih sama ada untuk komen sebagai ahli blog
3) atau ahli google
4) atau ahli open ID
5) atau letakkan nama dan url ( blog atau emel)url adalah pilihan. boleh letak atau tidak.
6 )anonymous ( untuk tidak meletakkan nama)

Selamat memberikan komen!

Thursday, October 22, 2009

Bodoh lagi dungu...

Kamu memang bodoh lagi dungu. Aku memandang cermin. Melihat sekali lagi. Jelas dia adalah aku. Cermin itu aku. Maksudnya? Aku lah yang bodoh lagi dungu itu. Mungkin. Aku memang begitu. Dalam situasi yang tidak menentu ini masih lagi masih lagi melanggar larangan tuhan. Aku seperti sahaja mencabar tuhan agar diberikan hukuman yang Maha dahsyat. Sedangkan hukuman yang kecil ini pun tidak mampu aku tanggung.
" Ya tuhanku, dengarkanlah rayuanku sekali lagi. Kali ini aku merayu lagi. Agar diberikan peluang."
" Tuhan itu maha pengampun." Bayang tetiba muncul.
" Kamu muncul lagi Bayang?"
" Aku sentiasa bersamamu."
" Lalu kenapa kamu tidak menghalangku? Aku sudah melanggar larangan!"
" Tidak semudah itu. Kamu dinaungi nafsu. Hatimu terpenjara."
" Ah, alasanmu! Kamu langsung tidak membisik kepadaku. Aku benar lupa. Tuhan melihatku." Aku mula menitiskan air mata. sedih.
" Maaf wahai pemilik hati. Sudah berapa kali kamu diingatkan. Janganlah hati. Namun kamu bersubahat dengan nafsu sehingga hati terpenjara."
" Ini semua rancangan syaitan. Aku tertipu!"
" Ini semua dugaan bagi kamu. Menguji imanmu."
" Tapi aku gagal. Sia-sia semua amalanku."
" Jangan begitu, aku sebagai bayangmu akan sentiasa berdamping denganmu. Semoga tuhan mengampunimu."
Air mata ini sudah mula mengering. Hati juga begitu. Mulai tawar. Kehidupan yang tiada manis, ibarat kopi tanpa gula. Pahit!

Monday, October 12, 2009

Produk HPA..

KRIM PELANGSING BADAN
Written by duniaherbahpa on Oct 14th, 2008 | Filed under: Produk Kegunaan Harian, Produk Kosmetik, Produk Untuk Wanita


Diperkaya dengan bahan aktif dan ekstrak tumbuhan terpilih, Krim Pelangsing Badan (Slim & Firm Cream) keluaran HPA berguna untuk membantu memecahkan lemak dan melangsingkan tubuh badan. Gunakan setiap hari selepas mandi pada kulit yang kering.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 48
Sabah & Sarawak: RM 53

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Nilai Mata (NM): 7

tuhan melihatku...( 4 )

Tidur pun dapat menenangkan hati ini. Aku menyimpan bakteria. Mampu memusnahkan sebuah masa depan. Walau tidak sesakit dulu namun parahnya masih ada. Berbaki. Ada lagi sedikit tangis yang aku sembunyikan. Barangkali itu yang tersimpan. Saat ini aku memerlukan teman. Teman yang mampu memimpinku di saat bakteria itu cuba membunuhku. Nafsu pula mula memberontak. Iman pula semakin tipis. Kesabaran pula hilang. Jiwa ini sakit!
" Tuhan lihatlah aku"
" Haha... Kamu ada tuhan?" Suara halus meniup prasangka di hatiku. Barangkali syaitan.
" Infiti yakin! Aku punya tuhan. Dia tuhan yang satu. Tuhanku dan kamu." Aku bertegas.
" Jika kamu punya tuhan, pasti nasib kamu tidak semalang ini. Kamu sama sepertiku."
" Tidak. Ini ujian tuhan. Pasti ada hikmah. Menguji kesabaranku."
" Kenapa kau tidak meminta pertolonganku?" Bisikan syaitan cuba menusuk iman yang senipis membran ini.
" Nasibmu pun masih kabur,mahu menghitung nasibku. Aku tidak perlu kamu. Aku ada tuhan. Tuhan melihatku!"
" Aku ingin bertanya sedikit wahai sang Yakin infiniti. Jika kamu punya tuhan mengapa sakitmu belum reda. Petang tadi pun saat kamu mahu berjumpa doktor, tiada siapa yang sudi menemanimu?"
" Wahai iblis, mereka semua hamba. Sama sepertiku dan kamu. Kasih hamba tidak sehebat tuhan. Kamu perlu tahu."
" Hebat sungguh jawapanmu. Tapi aku lihat tiap ragumu. Kamu masih menyimpan dendam."
" Jangan samakan aku dan kamu. Kamu itu pendendam."
" Cabul sungguh lidahmu insan pelupa!"
" Jika tidak masakan kamu hasut aku dan setiap anak Adam menderhakai tuhan. Untuk apa? Kerana dendam bukan?"
" Wahai insan pelupa, ingat. Ini waktu kamu. Nanti ketika kamu leka dengan khayalanku yakinlah aku menjemputmu ke halamanku. Biar kita berteman. Sama-sama menerima balasan tuhan." Bisikan itu terus ketawa hingga lenyap dibawa angin.
Aku terpaku. Mungkin yakinku masih tipis. Imanku kian longgar. Ruang-ruang yang membawa syaitan kepadaku.

Produk HPA..

STOMA-K (HERBA PELANGSING)
Written by duniaherbahpa on Sep 28th, 2006 | Filed under: Produk Kapsul & Gel
Stoma K adalah satu bentuk ramuan yang dihasilkan 100% dari herba dan tidak mengandungi bahan kimia. Bahan aktif falam produk ini ialah (-) Hydrocytic Acid (-) HCA ini berupaya untuk mengurangkan selera makan, membantu penghasilan dan penyimpanan lemak dan mengaktifkan pembakaran lemak. Formula ini amat berkesan untuk mengatasi permasalahan obesiti. Keadaan in akan menyebabkan kebanyakan kalori ditukarkan kepada glikogen dalam hati dan hanya sedikit kalori akan disimpan sebagai lemak. Kebanyakan produk pelangsing dan menurunkan berat badan yag terdapat di pasaran menggunkan bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan khusus kepada gangguan tekanan jantung. Stoma K amat sesuai dan selamat digunakan kerana:-

1. HCA tidak diklasifikasikan sebagai dadah.

2. HCA tidak bertindak balas dalam mitokondria, maka proses penghasilan tenaga secara normal dalam kitaran kreb tidak diganggu.

Kesan Stoma K tidak akan berkurang setelah digunakan pada jangka masa tertentu.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica 2. Centella Asiatica.

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 25

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 20

Nilai Mata (NM): 7
maklumat lanjut boleh komen di blog atau email saye di:

helmiwafiy@yahoo.com

Friday, October 9, 2009

tuhan melihatku...( 3 )

Hari ini jasad mengadu kepadaku. Lelah. Letih dan penat. Asyik mengantuk. Aku semakin risau. Jasad jarang merungut. Kerap kali aku menggunakannya. Dia hanya menurut. Namun kali ini rungutannya membawa suatu kepelikan yang dasyat dalam fikiranku. Jasad yang selama ini diam mula mencari hak. Bukankah aku raja? Kamu nafsu, hati dan jasad merupakan rakyat dalam jiwa ini. Tidak layak kamu membantah! Justeru aku menulis kertas kerja. Persidangan sekalian jiwa. Meminta wakil-wakil dari setiap jiwa bertandang. Aku inginkan jawapan. Wakil jiwa kosong, jiwa penuh, jiwa separuh, jiwa jiwang, jiwa muzik dan segala jiwa yang ada. Jumaat malam bulan terang, bintang buruj kala jengking dan angin sepoi-sepoi bahasa. Datang dengan fail-fail penuh data yang pelbagai. Aku inginkan satu resolusi baru. Resolusi jiwa!
" Malam ini seperti yang dijanjikan. Kita bertemu untuk menentukan hak muktamad jiwa sebagai raja yang agung. Ada sesiapa yang membantah?" Soalku.
" Aku membantah wahai pemilik jiwa kacau." Jiwa Penuh menyahut.
" Kau tak layak membantah. Suaramu tidak layak berkumandang di sini." Aku ketawa kecil.
" Eh, tidak adillah wahai jiwa kacau! Semua ada hak masing-masing." Jawab jiwa separuh.
" Kamu pula hipokrit! Kadang-kadang penuh. Kadang kosong."
" Kenapa mahu bertelagah. Kita mesti menikmati hidup. Mari kita bernyanyi. Berhibur." Jiwa muzik berkata.
" Baik kita bercinta. Berkasih-kasihan. Kita remaja. Perlu dicintai dan mencintai." sambut Jiwa jiwang.
" Tidak ingatkah kamu pada janji tuhan?" Tiba-tiba Jiwa tenang menerjah dalam pertelingkahan tiap jiwa itu.

Wednesday, October 7, 2009

tuhan melihatku... ( 2 )

Sedang aku merehatkan badan ini, hati bertandang. Rupa-rupanya sudah lama hati mengintaiku. Melihat tiap langkahku, mendengar butir bicaraku dan meneliti diriku.
" Assalamualaikum."
" Waalaikumsalam. Hati! Sudah lama kau hilang?"
" Aku sentiasa ada di sini. Bersama kamu. Barangkali kau leka melayan nafsu hingga kau melupaiku."
" Demi tuhan. Aku mencarimu. Adakah kau mampu membantuku?"
" Bantu? Aku makhluk tuhan. Justeru kau mohon padaNya. Aku hanya menjalankan tugasku. Berdoalah."
Aku bingkas bangun. Hati melawat dalam tidurku. Tentu ada sesuatu yang hati inginkan.
Jam kayu di dinding berbunyi. Dari detik jam sebanyak lima kali itu memberikan tahu waktu. jam 5. Entah mengapa kelopak mata ini terasa ringan. Tangisku mengikis kelopak mataku? Mustahil!
Seusai solat 2 rakaat aku mencapai tuala. Mandi. Hajatku ingin berjemaah di masjid kerana sabda nabi Muhammad S.A.W : “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

" Ya, ALLAh bimbinglah daku. Ya, Rasullullah syafaatkanku"

tuhan melihatku...

Puas aku berselindung. Namun tuhan masih melihatku. Aku cuba keluar dari riuh ramai. Mencari kesunyian. Tahukah kamu? Tuhan melihatku. Nafsuku tidak mudah tewas. Masih gagah memikul harapan. Mampukah iman setipis membran ini menjadi tembok penghalang nafsu yang degil itu. Banyak kali aku cuba berbincang dengan nafsu.
" Nafsu, tolong jangan begini. Kau melihat tuhan?"
" Kau bertanya soalan bodoh. Sebodoh gayamu, sebodoh pertuturanmu, sebodoh parasmu dan segala kebodohan yang kau ada. Mataku ini tidak mampu melihat tuhan."
" Justeru kamu tahukah tempat yang tiada tuhan melihatmu?" Soalan yang membuat nafsu terdiam seperti mencari hujah.
" Pergilah ke tempat para syaitan dan iblis. Itulah yang paling baik." Senyum sinis.
" Adakah fikirmu iblis itu tuhan kedua?" Kataku kasar.
" Kamu sendiri seperti syaitan." Nafsu mentertawakanku.
" Cabul sungguh mulutmu. Sudahlah hanyir!"
" Marah itu api. Syaitan itu api. Kamu marah? Jadi kamu syaitan." Ketawa lagi.
" Aku berlindung dari syaitan yang direjam." Sambil beristigfar panjang.
" Kenapa kamu sering menyalahkanku. Sedang aku selalu membantumu."
" Ah, kau seperti memuja kehinaanmu!"
" Penat aku membayar syaitan membantumu. Ini balasanmu?" Rungut nafsu.
" Syaitan tidak pernah bergaji! Malah kerja lebih masa yang dibuat itu semua kerana dendam. Kerana janji. Melihat anak adam jauh dari tuhan. Kenapa kau mengaku sebagai pembayar gaji?"
" Aku memuaskan hati syaitan. Lalu syaitan memuaskanku. Lalu aku memuaskanmu." Terang nafsu.
Perbualan kami terhenti. Sejak itu aku jarang bertegur dengan nafsu. Mengaku sebagai pembantuku. Tapi bersubahat dengan syaitan menghancurkanku. Nafsu kau penghianat!

-p/s- bersambung...

buat bekal kamu..

Setitis air mata ini aku tujukan buatMu
Agar mampu meluntur dosa ini
Dosa itu bekal yang beban
Tentu letih memikul di bahu.

Buat kamu...
Hati-hati dalam tiap langkahmu
Lantas nanti jika ada duri yang mendatang pantas kamu lari
Jika hatimu seteguh besi tempuhlah duri itu
Hancurkan biar jadi debu
Bila angin datang nanti, biar dia bawa pergi
Agar yang melalui jalan itu nanti mampu berdiri
teguh sekali.

bawalah bekal ini
buat kamu pada waktu-waktu getir nanti
andai tidak mampu dibawa
simpanlah
buat bekal kamu
andai aku tiada nanti
buat rafiq
teguhkan hati
Ingati Illahi
Redhalah
biar damai aku bersemadi
ini buat bekal kamu.