Monday, February 28, 2011

Aq mampu menilik tiap gerakmu jika aku mahu..

Percayalah aku mampu menilik tiap gerakmu jika aku mahu!!!
Ramai orang kata mentahmu membuatkan kamu leka dalam duniamu yang indah itu, Dunia Magika.
Sementara ada juga yang menambah songkokmu itu yang menjerumuskan kamu ke dalam fantasi romantika yang pasti tidak elok buatmu juga buatku. Tambah mereka biarlah meneroka segala maksiat ketika alam persekolah atau terdedah kepadanya. Nanti bila sampai mase kamu sudah biase dan tidak tergila-gila mengejar indah filem korea itu.
 
Adakah salah untuk aku atau kamu menjadi Muslim? 
Adakah salah untuk kamu dan aku mengejar syurga Illahi?
Adakah kamu selesa dan terus lemas dalam dunia yang kamu cipta itu?

Buatmu teman, aku doakan bahagia selama seratus tahun di dunia ini.
Dan aku juga berdoa agar kamu bahagia dan terus bahagia selama-lamanya di Syuga nanti..
Maafkan jika lenggokku dalam tulisan ini memeritkan. Maafkan juga jika ku tersilap pandang. Maafkan jika ku tersilap baca. Maafkan jika aku tersilap meneka. Aku harap kamu bakal menemui jalanmu~ Jalan yang kamu lalui ketika umurmu 4380hari...ketika subuh kamu di tikar sejadah, bukan di tilam empuk. Ketika zohormu di permaidani masjid bukan di meja makan ketika lenamu memimpikan syurga Illahi yang terbentang luas dan serba indah itu...

Thursday, February 10, 2011

Tersentuh hati...

Hati ini bagai disentuh lembut kata-katamu Sang Bicara. Siapa tak cinta? Siapa tak pernah ingat pada jasad yang pernah membawa khabar gembira pada jagat raya ini?


Setiap kali namamu disebut hati ini bagai dirundung kesedihan. Lebih-lebih lagi Sang Bicara asyik saja berbicara tentang petikan kedua syahadah yang bermakna " Dan aku bersaksi nabi Muhammad pesuruh Allah". Aku ingin saja bertemumu dan berbicara kisar cerita peribadiku sama ada yang jelik atau yang cerdik. Meminta nasihatmu agar aku mampu hinggap di Al-Firdausi suatu hari nanti. Wahai kekasih Allah ajarkan aku kasih agar aku bisa menerima secebis cinta Illahi...

Tuesday, February 1, 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasasKedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

Pengarah :Yusry Abd Halim
Syarikat Penerbit :KRU Studios Sdn. Bhd.
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Sejarah, Aksi, Peperangan
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :10 Mac 2011
Durasi :110 min
Audio :Dolby
Format :35mm
.