Monday, December 7, 2009

ini semua dugaannya..


Pernah tak anda semua merasakan sesuatu yang tidak kena tentang diri sendiri? Mesti pernahkan... Merasa tidak selesa dengan kondusi semasa dan sebagainya. Kekadang kita sering melakukan sesuatu dengan perasaan tanpa perasan akan kesalahan perbuatan itu. Betul tak? Bak kata orang ikut hati mati, ikut rasa binasa. Ikut hati ni perbuatan yang sentiasa dibuat tanpa pertimbangan yg wajar... Ikut rasa ni pula ikut nafsu la. Nafsu makan dan sebagainya yang langsung dituruti tanpa memikirkan akibatnya. Sejujurnya aku pun begitu. Tanpa menuding jari ke arah sesiapa aku mengaku kealpaan sendiri yang membuatkan aku menjadi serba salah. Hidup seperti dalam buangan. Langsung tiada keimanan. Mungkin ini balasan tuhan atas kerakusan aku dalam mengejar keindahan dunia. Wahai teman aku berharap agar kalian sentiasa mengingati tuhan semoga lantera hidup kalian. Berdoalah untukku dan diri kalian sendiri agar mendapat rahmat Illahi. Percayalah ini semua dugaan-Nya. Sabar dan berdoalah. Segalanya milik tuhan, justeru berharaplah pada-Nya.

No comments: