Thursday, February 11, 2010

tolong la jgn sampai bayi nie lahir....

syukur dpt jua saya bermadah setelah sekian lama khali. izinkan saya berpuitis, bermain bahasa dan membuai rasa...

1

kata-kata cinta terucap indah. Seindah kasih yang dititip. Sepasang kekasih haram bermadu kasih disuatu tempat asing. Sungguh sepi hanya seorang teruna kerasukan syaitan dan dara tertunduk bisikan Sang Laknat disaksikan Malaikat pencatat dosa dan tanpa halangan dari pengetahuan Tuhan. Adakah mereka tidak tahu perkara ghaib? Bahawa Allah melihat mereka pada setiap ketika. Malaikat Raqib bersama gandingan pencatat dosa sentiasa membuat catatan?

Aku lihat dia berlari laju, sekencang angin pantai timur ketka pertukaran monsun. Dia mengejar masa. Waktu itu kira 3minit selepas azan Zohor berkumandang. Tiba-tiba dia menuruni bukit justeru menuruni tangga lalu melalui titian bergantung itu. fikiranku nyata songsang. Seingat tadi dia akan ke sini. Menyahut seruan kejayaan. Bukan aku yang garap seruan azan itu. Ini hanyalah dari Allah apabila Bilal bermimpikan tentang seruan ini. Siapa yang dikejarnya? Lebih besar dari Allah?
Aku menyimpan dan bersangka baik. Mungkin dia kelaparan.

Dia dah jauh sangat. Itu jawapanku ketika bergurau dengan seorang teman. Tapi itu terpacul tanpa dirancang. Lalu malam itu terpampang di dinding bukunya. Jangan menilai seseorang melalui luaran. Iman itu hak Allah. Aku terpaku. Memang bukan niatku. Ikhlas aku katakan jika itu rancanganku izinkan aku memohon maaf namun jika itu dari Allah, terimalah.

Takut atau tidak jika segala yang anda fikirkan berlaku pada teman anda berlaku pada anda. Serngkali pertanyaan itu berlegar dalam fikiran ini. Sayangkan orang lain namun lupa akan diri. Seperti yang diceritakan teman-teman dulu sewaktu Iblis menjadi ketua para malaikat dia selalu mendoakan malaikat lain...namun lupa akan diri sendiri. Lalu akhirnya menjadi insan sombong dan jatuh menjadi sehina-hina hamba.