Friday, October 30, 2009

macam mane nak komen di blog ni??

Ramai yang bertanye di YM dan kampus juga di ruang komentar, bagaimana nak komen blog?
begini...
1) pilih leave a comment
2) pilih sama ada untuk komen sebagai ahli blog
3) atau ahli google
4) atau ahli open ID
5) atau letakkan nama dan url ( blog atau emel)url adalah pilihan. boleh letak atau tidak.
6 )anonymous ( untuk tidak meletakkan nama)

Selamat memberikan komen!

Thursday, October 22, 2009

Bodoh lagi dungu...

Kamu memang bodoh lagi dungu. Aku memandang cermin. Melihat sekali lagi. Jelas dia adalah aku. Cermin itu aku. Maksudnya? Aku lah yang bodoh lagi dungu itu. Mungkin. Aku memang begitu. Dalam situasi yang tidak menentu ini masih lagi masih lagi melanggar larangan tuhan. Aku seperti sahaja mencabar tuhan agar diberikan hukuman yang Maha dahsyat. Sedangkan hukuman yang kecil ini pun tidak mampu aku tanggung.
" Ya tuhanku, dengarkanlah rayuanku sekali lagi. Kali ini aku merayu lagi. Agar diberikan peluang."
" Tuhan itu maha pengampun." Bayang tetiba muncul.
" Kamu muncul lagi Bayang?"
" Aku sentiasa bersamamu."
" Lalu kenapa kamu tidak menghalangku? Aku sudah melanggar larangan!"
" Tidak semudah itu. Kamu dinaungi nafsu. Hatimu terpenjara."
" Ah, alasanmu! Kamu langsung tidak membisik kepadaku. Aku benar lupa. Tuhan melihatku." Aku mula menitiskan air mata. sedih.
" Maaf wahai pemilik hati. Sudah berapa kali kamu diingatkan. Janganlah hati. Namun kamu bersubahat dengan nafsu sehingga hati terpenjara."
" Ini semua rancangan syaitan. Aku tertipu!"
" Ini semua dugaan bagi kamu. Menguji imanmu."
" Tapi aku gagal. Sia-sia semua amalanku."
" Jangan begitu, aku sebagai bayangmu akan sentiasa berdamping denganmu. Semoga tuhan mengampunimu."
Air mata ini sudah mula mengering. Hati juga begitu. Mulai tawar. Kehidupan yang tiada manis, ibarat kopi tanpa gula. Pahit!

Monday, October 12, 2009

Produk HPA..

KRIM PELANGSING BADAN
Written by duniaherbahpa on Oct 14th, 2008 | Filed under: Produk Kegunaan Harian, Produk Kosmetik, Produk Untuk Wanita


Diperkaya dengan bahan aktif dan ekstrak tumbuhan terpilih, Krim Pelangsing Badan (Slim & Firm Cream) keluaran HPA berguna untuk membantu memecahkan lemak dan melangsingkan tubuh badan. Gunakan setiap hari selepas mandi pada kulit yang kering.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 48
Sabah & Sarawak: RM 53

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Nilai Mata (NM): 7

tuhan melihatku...( 4 )

Tidur pun dapat menenangkan hati ini. Aku menyimpan bakteria. Mampu memusnahkan sebuah masa depan. Walau tidak sesakit dulu namun parahnya masih ada. Berbaki. Ada lagi sedikit tangis yang aku sembunyikan. Barangkali itu yang tersimpan. Saat ini aku memerlukan teman. Teman yang mampu memimpinku di saat bakteria itu cuba membunuhku. Nafsu pula mula memberontak. Iman pula semakin tipis. Kesabaran pula hilang. Jiwa ini sakit!
" Tuhan lihatlah aku"
" Haha... Kamu ada tuhan?" Suara halus meniup prasangka di hatiku. Barangkali syaitan.
" Infiti yakin! Aku punya tuhan. Dia tuhan yang satu. Tuhanku dan kamu." Aku bertegas.
" Jika kamu punya tuhan, pasti nasib kamu tidak semalang ini. Kamu sama sepertiku."
" Tidak. Ini ujian tuhan. Pasti ada hikmah. Menguji kesabaranku."
" Kenapa kau tidak meminta pertolonganku?" Bisikan syaitan cuba menusuk iman yang senipis membran ini.
" Nasibmu pun masih kabur,mahu menghitung nasibku. Aku tidak perlu kamu. Aku ada tuhan. Tuhan melihatku!"
" Aku ingin bertanya sedikit wahai sang Yakin infiniti. Jika kamu punya tuhan mengapa sakitmu belum reda. Petang tadi pun saat kamu mahu berjumpa doktor, tiada siapa yang sudi menemanimu?"
" Wahai iblis, mereka semua hamba. Sama sepertiku dan kamu. Kasih hamba tidak sehebat tuhan. Kamu perlu tahu."
" Hebat sungguh jawapanmu. Tapi aku lihat tiap ragumu. Kamu masih menyimpan dendam."
" Jangan samakan aku dan kamu. Kamu itu pendendam."
" Cabul sungguh lidahmu insan pelupa!"
" Jika tidak masakan kamu hasut aku dan setiap anak Adam menderhakai tuhan. Untuk apa? Kerana dendam bukan?"
" Wahai insan pelupa, ingat. Ini waktu kamu. Nanti ketika kamu leka dengan khayalanku yakinlah aku menjemputmu ke halamanku. Biar kita berteman. Sama-sama menerima balasan tuhan." Bisikan itu terus ketawa hingga lenyap dibawa angin.
Aku terpaku. Mungkin yakinku masih tipis. Imanku kian longgar. Ruang-ruang yang membawa syaitan kepadaku.

Produk HPA..

STOMA-K (HERBA PELANGSING)
Written by duniaherbahpa on Sep 28th, 2006 | Filed under: Produk Kapsul & Gel
Stoma K adalah satu bentuk ramuan yang dihasilkan 100% dari herba dan tidak mengandungi bahan kimia. Bahan aktif falam produk ini ialah (-) Hydrocytic Acid (-) HCA ini berupaya untuk mengurangkan selera makan, membantu penghasilan dan penyimpanan lemak dan mengaktifkan pembakaran lemak. Formula ini amat berkesan untuk mengatasi permasalahan obesiti. Keadaan in akan menyebabkan kebanyakan kalori ditukarkan kepada glikogen dalam hati dan hanya sedikit kalori akan disimpan sebagai lemak. Kebanyakan produk pelangsing dan menurunkan berat badan yag terdapat di pasaran menggunkan bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan khusus kepada gangguan tekanan jantung. Stoma K amat sesuai dan selamat digunakan kerana:-

1. HCA tidak diklasifikasikan sebagai dadah.

2. HCA tidak bertindak balas dalam mitokondria, maka proses penghasilan tenaga secara normal dalam kitaran kreb tidak diganggu.

Kesan Stoma K tidak akan berkurang setelah digunakan pada jangka masa tertentu.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica 2. Centella Asiatica.

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 25

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 20

Nilai Mata (NM): 7
maklumat lanjut boleh komen di blog atau email saye di:

helmiwafiy@yahoo.com

Friday, October 9, 2009

tuhan melihatku...( 3 )

Hari ini jasad mengadu kepadaku. Lelah. Letih dan penat. Asyik mengantuk. Aku semakin risau. Jasad jarang merungut. Kerap kali aku menggunakannya. Dia hanya menurut. Namun kali ini rungutannya membawa suatu kepelikan yang dasyat dalam fikiranku. Jasad yang selama ini diam mula mencari hak. Bukankah aku raja? Kamu nafsu, hati dan jasad merupakan rakyat dalam jiwa ini. Tidak layak kamu membantah! Justeru aku menulis kertas kerja. Persidangan sekalian jiwa. Meminta wakil-wakil dari setiap jiwa bertandang. Aku inginkan jawapan. Wakil jiwa kosong, jiwa penuh, jiwa separuh, jiwa jiwang, jiwa muzik dan segala jiwa yang ada. Jumaat malam bulan terang, bintang buruj kala jengking dan angin sepoi-sepoi bahasa. Datang dengan fail-fail penuh data yang pelbagai. Aku inginkan satu resolusi baru. Resolusi jiwa!
" Malam ini seperti yang dijanjikan. Kita bertemu untuk menentukan hak muktamad jiwa sebagai raja yang agung. Ada sesiapa yang membantah?" Soalku.
" Aku membantah wahai pemilik jiwa kacau." Jiwa Penuh menyahut.
" Kau tak layak membantah. Suaramu tidak layak berkumandang di sini." Aku ketawa kecil.
" Eh, tidak adillah wahai jiwa kacau! Semua ada hak masing-masing." Jawab jiwa separuh.
" Kamu pula hipokrit! Kadang-kadang penuh. Kadang kosong."
" Kenapa mahu bertelagah. Kita mesti menikmati hidup. Mari kita bernyanyi. Berhibur." Jiwa muzik berkata.
" Baik kita bercinta. Berkasih-kasihan. Kita remaja. Perlu dicintai dan mencintai." sambut Jiwa jiwang.
" Tidak ingatkah kamu pada janji tuhan?" Tiba-tiba Jiwa tenang menerjah dalam pertelingkahan tiap jiwa itu.

Wednesday, October 7, 2009

tuhan melihatku... ( 2 )

Sedang aku merehatkan badan ini, hati bertandang. Rupa-rupanya sudah lama hati mengintaiku. Melihat tiap langkahku, mendengar butir bicaraku dan meneliti diriku.
" Assalamualaikum."
" Waalaikumsalam. Hati! Sudah lama kau hilang?"
" Aku sentiasa ada di sini. Bersama kamu. Barangkali kau leka melayan nafsu hingga kau melupaiku."
" Demi tuhan. Aku mencarimu. Adakah kau mampu membantuku?"
" Bantu? Aku makhluk tuhan. Justeru kau mohon padaNya. Aku hanya menjalankan tugasku. Berdoalah."
Aku bingkas bangun. Hati melawat dalam tidurku. Tentu ada sesuatu yang hati inginkan.
Jam kayu di dinding berbunyi. Dari detik jam sebanyak lima kali itu memberikan tahu waktu. jam 5. Entah mengapa kelopak mata ini terasa ringan. Tangisku mengikis kelopak mataku? Mustahil!
Seusai solat 2 rakaat aku mencapai tuala. Mandi. Hajatku ingin berjemaah di masjid kerana sabda nabi Muhammad S.A.W : “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

" Ya, ALLAh bimbinglah daku. Ya, Rasullullah syafaatkanku"

tuhan melihatku...

Puas aku berselindung. Namun tuhan masih melihatku. Aku cuba keluar dari riuh ramai. Mencari kesunyian. Tahukah kamu? Tuhan melihatku. Nafsuku tidak mudah tewas. Masih gagah memikul harapan. Mampukah iman setipis membran ini menjadi tembok penghalang nafsu yang degil itu. Banyak kali aku cuba berbincang dengan nafsu.
" Nafsu, tolong jangan begini. Kau melihat tuhan?"
" Kau bertanya soalan bodoh. Sebodoh gayamu, sebodoh pertuturanmu, sebodoh parasmu dan segala kebodohan yang kau ada. Mataku ini tidak mampu melihat tuhan."
" Justeru kamu tahukah tempat yang tiada tuhan melihatmu?" Soalan yang membuat nafsu terdiam seperti mencari hujah.
" Pergilah ke tempat para syaitan dan iblis. Itulah yang paling baik." Senyum sinis.
" Adakah fikirmu iblis itu tuhan kedua?" Kataku kasar.
" Kamu sendiri seperti syaitan." Nafsu mentertawakanku.
" Cabul sungguh mulutmu. Sudahlah hanyir!"
" Marah itu api. Syaitan itu api. Kamu marah? Jadi kamu syaitan." Ketawa lagi.
" Aku berlindung dari syaitan yang direjam." Sambil beristigfar panjang.
" Kenapa kamu sering menyalahkanku. Sedang aku selalu membantumu."
" Ah, kau seperti memuja kehinaanmu!"
" Penat aku membayar syaitan membantumu. Ini balasanmu?" Rungut nafsu.
" Syaitan tidak pernah bergaji! Malah kerja lebih masa yang dibuat itu semua kerana dendam. Kerana janji. Melihat anak adam jauh dari tuhan. Kenapa kau mengaku sebagai pembayar gaji?"
" Aku memuaskan hati syaitan. Lalu syaitan memuaskanku. Lalu aku memuaskanmu." Terang nafsu.
Perbualan kami terhenti. Sejak itu aku jarang bertegur dengan nafsu. Mengaku sebagai pembantuku. Tapi bersubahat dengan syaitan menghancurkanku. Nafsu kau penghianat!

-p/s- bersambung...

buat bekal kamu..

Setitis air mata ini aku tujukan buatMu
Agar mampu meluntur dosa ini
Dosa itu bekal yang beban
Tentu letih memikul di bahu.

Buat kamu...
Hati-hati dalam tiap langkahmu
Lantas nanti jika ada duri yang mendatang pantas kamu lari
Jika hatimu seteguh besi tempuhlah duri itu
Hancurkan biar jadi debu
Bila angin datang nanti, biar dia bawa pergi
Agar yang melalui jalan itu nanti mampu berdiri
teguh sekali.

bawalah bekal ini
buat kamu pada waktu-waktu getir nanti
andai tidak mampu dibawa
simpanlah
buat bekal kamu
andai aku tiada nanti
buat rafiq
teguhkan hati
Ingati Illahi
Redhalah
biar damai aku bersemadi
ini buat bekal kamu.

Friday, September 18, 2009

berilah aku cintamu...

kalau aku tahu pasti tak akan! ya...aku akan membisu dan terus membisu. aku pasti akan biarkan dia pergi. aku yang menyebabkan die lupe janjinya pada tuhan ketika lahir ke bumi. ingin mentaati tuhan. die tinggalkan solat. ya! pasti! kenape terlalu beremosi? sebab solat tu temu janji dengan ALLAH! aku amat sedih kerane die lupe temu janji dengan penciptanya. tapi temu janji lain begitu pasti die kejar. ya ALLAH..adakah insan lain yang lebih penting darimu??? aku pasti tiada. Ya ALLAH jika dalamm hati ini ada insan yang lebih aku agungkan darimu maka kau lupakanlah aku padanya kerana cintaku padamu ya ALLAH...
ya ALLAH
berilah kepadaku...
berilah kepadaku...
berilah padaku cintamu.

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Karim...

Renungan Ramadhan: Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

More RAMADHAN graphics

Thursday, August 20, 2009

Berakhir kejapla...

Salam...akhirnya Alhamdulillah! Setelah agak berkurun lamanya aku berusaha dan akhirnya semalam tanggal 19 ogos bermula satu kisah baru. Kisah ape??? Itu yang kite tak tahu... NI lah nak cerite hari Isnin lepas. Satu 'calling'. " Boleh tolong saya. Jumpe di JIP". La ape plak. Die suruh jumpe mase rehat. Aku pun bergegas ke Aida( sebuah cafe=makan2). Lepas tu aku pun menapak kesana. " Tolong saya malam ni." Adey tolong ape ek? Pukul 9mlm seperti yang dijanjikan.( Mcm date la plak). Pergi ke JIP menaiki sebuah Wira( sejenis kereta). Bersama dalam kereta seorang laki2. Anak??? Dah kahwin???( gosip ala melodi). Die ni pompuan ke laki2. Dirahsiakan." Buat homepage " Owh sonang jo. Aku ingatkan homepag tu cam blogla. Jadi aku pun masuk la blogger.com. Tetiba lelaki itu (yg seorang lagi), hulurkan sehelai kertas. 'Assignmnt'PJJ Upm...huh? Pengendalian homepage. Ape bende lak ni...blog ke website homepej tu. Aku 'blur'. Die sebut gak t35. Tucow...ape tu? haaa...aku pun masuk satu2. Tucow tu website nak cari software. T35 tu host untuk para pengendali website la...emm. Nampak klu sikit. Aku belek2 buku tu. Netscape. Setahu akula netscape ni browser macam mozilla tu. Tapi sebab tak berape sure aku pun amek keputusan 'download' dari internet. Ingat dapat memudahkan cara nak buat homepej tu. Malam tu lepas pekena milo ais dan roti sardin balik ke bilik 'download'. Setelah berhempas pulas akhirnya berjaya 'download'. Melihat ke dalam bku mencari cara membuat homepej. Sah! Website! Cara membuat html. Bapak susah giler...Aku raselah netscape tu software untuk memudahkan cara wat website. Aku install. Agak gila malam tu. Jam pukul 2.00pagi. Seorang teman datang. Baru pulang dari membuat arca. Susah woooo..buat website.

Saturday, August 15, 2009

Gagasan baru, legasi segar.

Menarik tak tajuk tu. Itulah sebenarnye esei yang aku buat. Fuh..susah tu. Pada mulanya agak lembab la. Susah nak dapat idea. Yela tarikh hantar pun 15 ogos lambat lagi. Tapi pada malam 13 Ogos seorang teman bagi tahu. Kena hantar sebelum pukul 11.oo 14 ogos. Otak ko...hahhaha... Sempat pulak. Aku pun rancang la nak buat malam tu. Baru siap dua perenggan lagi empat belum siap. Malam tu pulak editor(majalah budi) mintak aku siapkan gambar lecterur...kelam kabut. Aku pun fikir punye fikir. Dapatla idea. aku mintak tolong dua orang teman siapkan gambar tu. Bagila upah sket. Esei la pulak. Tiba-tiba mataku mengantuk...abes..aku tak tahan terus tidur...pukul 3pagi aku bangun siapkan gambar lagi sket pastu buat 2perenggan esei...pukul 4pagi kau tidur. Selamatla pagi tu tak de kelas. Pukul 8pagi hingga 9pagi aku habiskan 2 perenggan kagi. Alhamdullillah siap pun. ini baru esei. Illustrasi belum lagi. Kene tgu seorang teman ni de kelas lak. Pukul 945 die msg. pegi Libry. Fuh dapat gak. setelah beberapa jam akhirnya pukul 1130 siap. Sekarang tinggal nak print and burn. Aku pun mintak la tolong dua orang classmates ni. selamat la diorang nak tolong print. Aku pun belanja air tin seorang satu. sampai kat kelas aku pun burn. Nak hantar la ni. Alkisah lak JPM tutp. Hampeh... Pukul 2.00 aku kol urusetia. die cka htr kat JHEP. Owh...dapat gak hantar...hehehe. Terima kasih buat 2 orang classmate yg tolong edit. 2 org classmates yg print. 1 orang yg buat Illustrsi. Yg tolong tulis nama. Yg tolong burn. Kepada semua classmate. Teman blok kenari yg bagi info. kepada semua yg terlibat secara llangsung atau tidak...

Friday, August 14, 2009

Cerita Madam 2

Tadi kite owg belajar tentang 'communication'. Ha... Banyak cerita la kalau pasal komunikasi ni. so, kali ini madam kisahkan kami satu cerita yang agak menarik. sebermula tersebut la al-kisah seribu malam di stesen kereta api. Menurut madam, beliau berjumpa dengan seorang Mak Cik ni. Mak cik ni borak la dengan madam. Borak punye borak makcik ni pun tanye madam satu soklan mencabar. cikgu ke???
Off coursela...(bukan ayat sebenar). Mak cik ni 'open story'. Die cerita pasal seoarng cucunya yang juga berada di situ. die tanye kenapa cucu die ni x dapat ade satu kelas tambahan la kat sekolah tu. Sedangkan ade ramai anak cikgu yang masuk kelas tu. Madam pun ingat budak tu tak berape la kan...hehehe. madam tanye dapat nombor berapa? Lapan. Aik??? Bagus gak...pelik2. Cerita berhenti seketika. Nak pegi mane? Mak cik ni cerita beliau duduk kat kampung nak hantar dua orang cucu ni jumpe mak bapak die owg. Mak bapak die owg duk kat 'town'. Rupe2nye mak bapak budak2 tu bisu. Yang mak tu pekak sekali. Nenek ni akan hantar anak mereka bila cuti. itupun setelah mereka agak besarla dalam umur 7taun. Nak 'relate'kan dengan tajuk pelajaran tu sebenarnya begini. Pasal 'sign language'. Ala bahasa isyarat. haa tau pun. Mereka ni datang rumah mak bapak diorang yang xley cakap tu. Masalahnye apabila pulang dari rumah mak bapak diorg...mereka terus senyap. Yela nak borak ape kan. Madam pun cucuk jarum tanye pasal sekolah. Dapatla borak ngan dua org budak ni. Madam tanye pegi rumah parent buat ape. Budak ini jawab tolong2. EEE...macam mane tue. nak komunikasi susahkan. Cakap ngan orang tak bisu pun 'blur'. Lagila.... rupenye nenek diorang dah praktis mereka da. Tapi banyak bende yang diorang tau sendiri. Macam mane care nak makan. budak ni pun tunjk. Madam tanye mane belajar. Pandai sendiri. Inilah kuasa ALLAH walau ALLAH bagi diorang kekurangan namun masih ade pertolongan. Subhanallah....

Friday, August 7, 2009

Hadith...

Daripada Ibnu Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab, berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll).

“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh.” (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud).

IFC..ape tu???

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam 1.
Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2.

Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3.
Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4.
Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5.


Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6.
Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7.

Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8.

Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9.
Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10.
Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11.
Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12.

Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13.

Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14.
Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Ancaman Utama IFC terhadap Islam1.
Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2.
Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.



Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.

Azlina Jelani ( Ziarah keluarga)

Assalamu'alaikum,

Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni
langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah
murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat
Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab
apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ.

Bapanya yang berasal dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia.
Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2
dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my
ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik
lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang
sensasi tu adalah anak jirannya.

Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya
rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama
sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya
memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di
penghujung usia.

Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang
beragama, Mak som bertudung sempurna. Nampak sejadah tergantung
di dua tempat berasingan, ayat2 al quran dan gambar besar kaabah
terbentang di ruang tamu, (semua ni circumstancial evidence for my
conclusion)

Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain,
pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ)
balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah
ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna.

Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong
mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut.
Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan
tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina.
Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun
terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabila
kereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnson
inilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson
ni ada makna!

Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul
minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia.
Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya
orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau. Apabila diconfranted
beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih
berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family
but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak
muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom
untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak
kacau orang".

Kata kakanya, Azlina ni very vocal, firm, English speaking dan agak
dominant dalam keluarganya. She's now 42, according to the family
dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this
case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata dah kahwin di
church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad.

Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat
berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya
dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa
individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk
membantunya tapi tak berjaya even untuk berkomunikasi pun dengan si
Lin tu.

ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis
Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang
kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lin dikembali
kepangkuan keluarganya dan agamanya.

Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif
kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali
ke jalan Allah.

Wassalam.

- PETIKAN DARI SEBUAH LAMAN WEB-

Tuesday, August 4, 2009

Cerita Madam

Tadi semasa kelas aku ditugaskan untuk membantu madam mengendalikan sebuah lap top yang agak peliklah. Entahlah lap top tu macam dekstop kawan aku sorang tu. Tapi peliknya tak aku jumpa 'my computer'. Macam mane tu. Al-kisah madam sebenarnya pinjam lap top seorang ni. Dia masukkan cd untuk belajar 'listeningkan'. Pastu dia 'ignore' arahan kat lap top tu. Yela kalo masukkan cd kan automatik terus 'play'. Cari-cari punyalah cari tak jumpa. Emm..aku pun cakap (orang putih), " madam you remove the cd then put it back"...waaaah. Lastly, dapatlah 'play'. Masalah pulak speaker tak dengar sangat macam laptopku. Jadi aku pun cakap kat madam suh guna laptop sorang kawan yang berkuasa kuda belang mampu menjana kuasa 'volume' yang agak hebatlah.

kami pun mendengar berita tu. tugasannya mencari isi penting macam MUET. Da ulang beberapa kali tiba-tiba ade orang call madam. Lepas tu madam tanya ' Histeriacal' lebih kurang macam tu lah makin teruk ke. Kes histeria lah. Madam cakap ade seorang mak bapak cakap anak die kena histeria mulanya di sini... Madam pun nasihat. Janganlah mengundang bende tu datang. Ketawa tengah malam dan sebagainya.

Berita yang kami dengar tu pasal 'rape cases'. Nak dijadikan kisah lagi, madam 'open' cerita pasal 'rape' pulak. Masa madam mengajar sekolah menengah dulu ade seorang ni tingkatan dua. Die ade adik. Adik die ni si X. Si X ni mengaji Al-quran kat rumah jiran. Umur jiran ti dalam 70-an la. tua kan. Budak ni pendiam dan tak berapa comel la. badab die kecik budak2 darjah lima. Pak cik ajar ngaji ni Si Y ade bini si Z. Satu hari lepas ngaji si Z pegi umah jiran. Tinggallah X dan Y. PAk cik ni si Y suruh X masuk bilik amek duit dalam kocek seluar. Bila si X masuk bilik amek duit je tetiba kelibat Pak cik Y kat belakang. Bermula lah kisah budak ni di'rape'.
Budak kecik mana taw. Selamatlah pak cik Y ni.

Malam tu budak ni tak dapat tidur. Ade ketulan darah keluar. Dari mana madam tak 'detailkan'. Mak die risau bawa pegi hospital. Kantoi! Masuk surat khabar. Madam pun pesan kat budak perempuan. Laki ni walau baik macam mana pun kena berjaga-jaga gak kat mereka. Sambil melihat kat aku( budak baik), dan beberapaa lagi lelaki di kelas tu. Walau baik macam mana pun kalau dah berdua-duaan yang ketiga tu SETAN. Itukan selalu kita dengar. Janji ALLAH ada benarnya. ALLAH dah bagi peringatan bukan aku. huhu... Sama-samalah kita cuba usahakan untuk hindarkannya. Wasalam...

terkesima not takasima!

Kerja aku memang suka menegur. Maklumlah, ade lebih sikit pengalaman. kalau boleh nak orang lain dapat hidup dengan sempurna. Tapi malam tadi aku terkesima not takasima! Kalau takasima boleh jugak la jadi sihat. Ini terkesima, lemah semangat aku. Aku cuba menegur la...emm pasal ade lah. Tiba-tiba die cakap " Macam ko perfect sangat." Lebih kurang macam tu lah. Aku kan terkesima mana nak dengar sangat. Rasa macam tak semangat la nak menegur. Aku tegur pun sebab orang selalu kata umat nabi Muhammad ni 'special' dapat amar makruf nahi munkar. Tapi mungkin selalu sangat aku menegur sampai orang pun naik jelik kot.

Mintak maaplah kepada kawan-kawan yang terasa. Aku pun terasa gak. Ingat nak sangat ke aku tegur orang. Nanti jadi orang yang dibenci. Tapi tak elok lah nak benci sebab orang tegur kita. Nanti jadi macam abu lahab pulak benci nabi kerana membawa kebenaran. tapi kalau nak benci sebab keburukan aku tu bolehlah. Aku yang 'tak perfect' ni sedia menerima teguran. Nak tegur 'personally', depan-depan, kat blog ke? Terpulang. Harap bila korang tegur aku korang tak akan takasima lah...eh2 terkesima.

Sunday, August 2, 2009

wasiat terakhir seorang pejuang...

2 ogos 2009.
di akhir hayatku...

hari ini mungkin yang terakhir. Aku ingin meluahkan. Yang pertama seribu kemaafan aku pohon dari ALLAH kerana hayat ini tidak mampu aku isikan dengan amalan. Kedua buat Rasullullah kerana dalam hidupku ini jarang sekali aku mengingatimu. mengikut sunnahmu. Merinduimu...wahai Rasullullah aku ingin sekali hidup sezaman denganmu. Meluahkan segalanya padamu. Namun hayatku pada zaman ini. Zaman yang sukar. Ketiga buat ibu bapaku. Aku merinduimu. Namun segan untuk bertanya khabar dan berita. Namun aku selalu mendoakanmu. Keempat buat rakan-rakan yang sentiasa berada disampingku. Terima kasih kerana masih disisi ini. Buat semua aku ingin memohon maaf andai tersilap kata, terlepas bicara ,terlanjur perbuatan. Aku mohon agar kalian memaafkanku. Buat mak dan abah anakmu memohon agar sentiasa diberkati dalam setiap perkara yang dilakukan. Doakan jalan ke syurga. jika aku berhutang aku sudah berwasiat. Buat yang menghutang berilah wang tersebut ke tabung-tabung anak yatim buat bekalan di akhirat kelak.

Pesananku, jangan tinggalkan solat kerana solat tiang agama. Jangan hampiri zina. jangan lupakan ibu bapa. Hormati orang tua. Sayangi rakan. Hargai setiap hayat yang ada. jangan syirik kepada ALLAH. Mohon ampun atas semua kesalahan. Ingatblah syaitan tidak akan menghasut kamu untuk melakukan dosa besar. Syaitan akan bermula dengan perkara yang kecil. Jadi berwaspadalah pada perkara yang kita anggap remeh. semoga yang membaca ini dapat menyampaikan pada yang tidak membaca. Assalamualaikum...salam seorang pejuang....